in , ,

Sharifah Sakinah Amal Kunyah Petai Elak Masalah Depressi & Stress

Ada sesiapa yang suka kunyah petai? Biasanya orang Kelantan suka makan petai cicah budu? Ada tak orang Kelantan kat sini?

Pelakon, Sharifah Sakinah antara pelakon yang sering menitikberatkan soal kesihatan dan juga pemakanan diri dan juga keluarga. Terbaru, pelakon berusia 31 tahun ini telah mencadangkan pengambilan ulaman seperti petai yang dipercayai mampu mengelakkan masalah kemurungan dan juga stress.

“Content makanan kedua : petai

“Keputusan kaji selidik di kalangan orang yang mengalami kemurungan, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan petai.

“Ini kerana petai mengandungi tryptophan, sejenis protein yang badan bertukar kepada serotonin, yang yang dapat menjadikan orang lebih relaks, gembira dan menjadi emosi lebih stabil. (Sumber gugel),”

– Sharifah Sakinah
Petai
Petai yang begitu enak! Nyum!

Menerusi informasi dari Penolong Pegawai Pertanian Kanan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), En. Tajuddin Abd. Manap, kandungan klorofil dalam biji-biji petai berfungsi sebagai agen antioksidan yang baik untuk kulit, memastikan kesegaran tubuh, dan memperbaiki sistem penghadaman pengamal (makanan berasaskan petai).

Ada sesiapa yang suka kunyah petai?

Sumber: Instagram Sharifah Sakinah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kisah Benar Drama Bersiri WARKAH DARI FIRENZA

4.2 Juta Penonton Saksi Ismail Izzani Tertipu!