in , ,

Betul Ke Elizabeth Tan Sengaja Pakai Seksi Untuk Umpan Lelaki?

Tidak pernah menganggap foto dikongsi di Instagram (IG) keterlaluan, penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan menolak dakwaan sengaja berpakaian seksi untuk ‘mengumpan’ lelaki.

Elizabeth yang selesa dipanggil Lizzie memberitahu, selagi ibu tidak menegur caranya berpakaian dalam foto dikongsi di IG, dia tidak akan menganggap aksinya ‘over’.

“Jika pakaian saya keterlaluan, saya yakin ibu menjadi orang pertama menegur dan meminta saya menukarnya.

“Lagipun, apa salahnya berpakaian mengikut cita rasa kerana saya masih muda? Saya bukan berpakaian terlalu seksi seperti bintang K-pop yang mengenakan baju singkat. Saya tidak akan memuat naik foto jika berpakaian begitu.

“Saya hanya muat naik foto yang disukai peminat sahaja,”

– Elizabeth Tan
elizabeth-tan
Gambar Penampilan Lizzy dalam Majalah EH keluaran Mac 2020

Dek gambar yang dikatakan seksi, gadis berusia 27 tahun ini dilihat sering menerima komen ‘tidak senonoh’ daripada pengikut lelaki di laman sosial.

Menafikan dirinya ‘simbol seks’, Lizzie berkata, banyak akaun lain boleh dijadikan rujukan, bukan IG miliknya sahaja.

“Kalau tidak membelek akaun saya, mereka boleh tengok benda lain.

“Setakat ini, saya tidak pernah rasa terancam dengan membaca komen ditinggalkan pada foto saya. Jika ada yang dilihat terlalu keterlaluan, saya akan padam dan sekat,”

– Elizabeth Tan
elizabeth-tan
Wajah cantik Lizzy menghiasi muka depan Majalah EH keluaran Mac 2020

Lizzie mengaku membaca setiap komen dilayangkan peminat.

“Jika ada komen mengatakan foto kurang sesuai dan sebagainya, saya akan mohon maaf. Tetapi setakat ini, tiadalah komen yang terlalu meninggalkan kesan kepada saya.

“Selain itu, saya tidak pernah terima ‘benda’ bukan-bukan daripada peminat. Saya jarang buka mesej langsung (DM) yang dihantar, biasanya pembantu yang baca.

“Cuma, pernah sekali, ada orang ‘tag’ nama saya untuk sekeping foto wanita tanpa seurat benang. Saya lihat pada foto itu, wajah saya, tetapi badan orang lain.

“Saya tidak rasa apa-apa, cuma kelakar kerana terang-terangan gambar itu bukan saya,”

– Elizabeth Tan

Elizabeth Tan bakal muncul dengan filem terbaru berjudul Escape, akhir bulan ini.

Sumber: Berita Harian
elizabeth-tan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama BUDAK TEBING Lakonan Adam Lee & Eyka Farhana

Genap Sebulan Abam Bocey Meninggal Dunia, Isteri Abam Menitip Pesanan di IG