Debaran penantian berakhir apabila Zahirah Macwilson kini sah menjadi pasangan hidup kepada Aiman Hakim Ridza dengan sekali lafaz pada tanggal 20 Februari. Pasangan bahagia itu dinikahkan oleh bapa Zahirah, Zainol Macwilson.
Hubungan romantik antara Zahirah dan Aiman bukanlah lagi rahsia apabila mereka memulakan perhubungan pada tahun 2018 dan mengikat tali pertunangan pada 8 Jun tahun lalu selepas tujuh bulan menyulam cinta.
Selepas beberapa minggu bergelar isteri, Zahirah mengakui tidak berasa bimbang dengan tanggapan sesetengah pihak bahawa saham akan jatuh selepas mendirikan rumah tangga.
“Sebenarnya saya tak kisah dengan pandangan orang yang mengatakan apabila seorang selebriti itu sudah kahwin, ‘saham’ akan jatuh.
“Bagi saya, kita tak boleh halang apa orang nak kata sebab macam mana pun mereka tetap akan bercakap juga.
“Akan tetapi pada akhirnya, itu semua berbalik kepada rezeki masing-masing. Sebab itu saya percaya kepada rezeki,”
Selamat pengantin baru!