Rata-rata netizen berang dengan tindakannya itu sehingga “menyerang” akaun Instagram usahawan kosmetik itu bagi menuntut penjelasan berhubung isu tersebut. Polis menahan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri, bagi membantu siasatan berhubung dakwaan dia mendera anak angkat perempuan berusia dua tahun, semalam.
Terbaru, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa pihak polis telah pun menahan Aliff bagi membantu siasatan berhubung dakwaan dia mendera anak angkat perempuannya semalam.
Bagaimanapun, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat memaklumkan Aliff dibebaskan dengan jaminan polis, pada hari sama sebaik siasatan ke atasnya selesai dijalankan.
“Tangkapan dibuat ke atas Datuk Aliff, semalam.
“Siasatan dijalankan dan dia dibebaskan dengan jaminan polis,”
– Datuk Fadzil Ahmat
Semalam, Fadzil dalam satu kenyataan, mengesahkan pihaknya menerima satu laporan polis daripada seorang wanita Indonesia yang juga pembantu rumah Aliff, Sabtu lalu.
Dalam laporan polis yang diterima pada jam 3.55 petang itu, pengadu memaklumkan Aliff mendera anak angkat perempuannya yang berusia dua tahun.
Menurut Fadzil, polis kini sedang menjalankan siasatan dan akan memanggil saksi yang ada kaitan dengan kes berkenaan .
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
BH sebelum ini melaporkan polis sudah merakam percakapan Aliff sebaik menerima laporan berhubung kes itu.
Polis juga sudah merakam percakapan terhadap empat saksi lain termasuk mereka yang berada di rumah usahawan terbabit yang terletak di Petaling Jaya.
Berdasarkan aduan pengadu, suspek memukul anak angkatnya pada Jumaat lalu di kediamannya sewaktu ingin merakam gelagat kanak-kanak itu sedang menangis untuk tujuan publisiti.
Pengadu mendakwa suspek turut memanggilnya masuk ke dalam bilik kasut bersama anak angkatnya itu selain menyuruhnya memukul kanak-kanak terbabit, namun dia tidak menuruti arahan itu kerana bimbang kanak-kanak terbabit mengalami kecederaan.
Susulan itu, pengadu kemudian membuat laporan polis kerana khuatir sekiranya turut dituduh memukul anak angkat suspek.
Satu salinan laporan polis dipercayai berkaitan kes berkenaan turut tular di media sosial, sejak semalam.
Antara isi kandungan laporan polis itu turut menyebut suspek memukul kanak-kanak itu dengan kasut pada badan selain mencubitnya sehingga meninggalkan kesan.
Semalam, Aliff dijadualkan mengadakan satu sidang media pada jam 3 petang bagi memberi penjelasan berhubung perkara itu di pejabatnya di Kota Damansara.
Bagaimanapun sidang media itu dibatalkan dengan alasan kes berkenaan masih dalam siasatan lanjut pihak berkuasa.
Suspek didakwa memukul anak angkatnya di bahagian muka menggunakan tangan kerana ingin merakam gelagatnya sedang menangis untuk tujuan publisiti.
Rata-rata netizen spekulasi Aliff sengaja mencubit Ameena agar videonya itu mendapat tontonan tinggi di YouTube dan meraih keuntungan.
Meskipun pelbagai spekulasi liar timbul, Aliff bagaimanapun sehingga kini tidak memberikan sebarang penjelasan berhubung kontroversi tersebut. Difahamkan ketika kejadian itu berlaku, isterinya Datin Seri Nur Shahida berada di Tanah Suci Makkah bersama anak-anak mereka untuk menunaikan ibadah umrah.
Sumber: BH Online