Pejam celik pejam celik, sudah tiga minggu Abam Bocey telah pergi. Pasti ada yang tertanya, apa khabar agaknya anak arwah sekarang ini. Semalam, isteri Fad Bocey iaitu Syaheera Rahman bersama keluarga Achey telah pergi ke kampung balu Abam di Sabak bernam untuk melepaskan rasa rindu yang teramat kepada anak Abam iaitu Hamzah.
Mereka sanggup menempuh perjalanan selama dua jam dari Setia Alam ke Sabak Bernam semata-mata untuk menjenguk keadaan Hamzah. ironinya, Menurut Syaheera, Hamzah sanggup bersengkang mata demi menanti ketibaan mereka.
Menerusi kapsyen posting tersebut, mereka cuba melakukan cara yang sama seperti dilakukan Hidayah iaitu dengan mempamerkan foto Abam di skrin telefon. Ternyata reaksi sama turut dilakukan Hamzah di mana dia dengan sendirinya pergi ke arah telefon dan merenung foto ayahnya. Menurut Syaheera lagi, Hamzah seakan tercari-cari ayahnya sehingga membuatkan dia terus mengucup foto Abam berulang kali.
Di ruangan komen, ramai peminat memberikan reaksi mereka. Ada juga yang turut terkesan sehingga katanya sempat menitiskan air mata terutama saat anak kecil itu mengucup foto Abam.
Malah netizen turut menitipkan doa supaya keluarga kecil ini diberi kekuatan untuk meneruskan hidup.