in , ,

Tiga Kali Tangguh Kahwin, Mamat Sepah Akhirnya Sah Jadi Suami Anggota Polis IPD Shah Alam

SELEPAS tiga kali menangguhkan perkahwinan, pelawak Mamat Sepah akhirnya sah bergelar suami kepada anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam yang dikenali sebagai Diana Ibrahim dengan sekali lafaz pada Ahad.

SELEPAS tiga kali menangguhkan perkahwinan, pelawak Mamat Sepah akhirnya sah bergelar suami kepada anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam IAITU Diana Ibrahim atau lebih dikenali dengan nama Nana dengan sekali lafaz pada Ahad lalu, tanggal 1 Mac 2020. 

Mamat atau nama sebenar Mohd Noor Murad, 35 tahun , telah meluahkan rasa syukur kerana segala urusan majlis pernikahannya berjalan dengan lancar.

Pada awal Januari lalu kisah percintaan Mamat Sepah telah mendapat perhatian ramai dimana dia mahu menamatkan zaman bujang tahun ini walau pun dah banyak kali tarikh akad nikah terpaksa ditunda. 

“Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dan berlangsung seperti yang dirancang. Akhirnya saya bergelar suami.

“Macam tak sangka, tetapi ya… Saya sudah melangkahkan kaki ke satu fasa baharu dalam hidup ini, syukur,”

– Mamat Sepah

Majlis pernikahan Mamat dan Diana yang diadakan secara sederhana itu berlangsung di kediaman pengantin lelaki di Kulai, Johor.

Pada majlis itu, pengantin perempuan menerima seutas gelang emas sebagai mas kahwin bersama lima berbalas lima dulang hantaran manakala wang hantaran dirahsiakan.

MAMAT SEPAH

Mamat turut berkongsi video dan foto suasana sepanjang majlis pernikahannya di laman Instagram.

Bukan itu saja, Mamat Sepah pada awal Januari lalu juga ada berkongsikan detik perkenalan dengan isterinya yang berasal dari Lahad Datu, Sabah itu.

“Saya pergi ke IPD Shah Alam sebab nak tolong kawan, kebetulan tunang saya yang kendalikan kes tersebut.

“Kami bertukar nombor telefon kerana saya nak tahu perkembangan kes. Lama-kelamaan hati terpaut dan saya terus bawa dia jumpa ibu.” Ujarnya menerusi Astro Awani.

– Mamat

Dalam pada itu, Mamat memberitahu dia dan isteri tidak mempunyai perancangan mengenai lokasi berbulan madu disebabkan masing-masing sibuk kerja.

“Bulan madu tu kami tak fikir lagi. Tapi tengoklah dalam sehari dua ini macam mana sebab kami nak pergi rumah saudara mara dulu.

“Kalau ikut adat orang jawa ni, pengantin kena pergi rumah saudara mara dulu. Jadi, biar kami selesaikan tour ini dahulu,”

– Mamat Sepah

Mamat dan Diana yang berasal dari Sabah mengikat tali pertunangan pada tahun lalu sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

Mamat Sepah juga tidak sangka pertemuan tidak sengaja antara mereka itu bertukar serius. Tahniah lagi sekali kami ucapkan buat pasangan ini!

ISTERI MAMAT SEPAH ISTERI MAMAT SEPAH ISTERI MAMAT SEPAH

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem MY SPY

Tercari di Mana Ayah, Terlalu Rindu, Hamzah Kucup Foto Abam Berkali-Kali Di Skrin Telefon