Bunkface yang dianggotai oleh Sam, Youk dan Paan telah bertapak lama dalam industri muzik tanah air sejak 2006 telah mengeluarkan satu single terbaharu mereka berjudul ‘Akhir Zaman’. Namun apa yang jelas, lagu Bunkface ini telah mengundang kecaman netizen apabila lirik yang digunakan dilihat melampau dan tidak menjaga sensitiviti apabila memilih untuk membuat serangan kepada golongan LGBT.
Sehingga hari ini, Bunkface masih berdiam diri dan tidak menjawab apa-apa komen melibatkan single terbaharu mereka.
Walaupun baharu dua hari muzik video lirik single terbaharu Bunkface, Akhir Zaman dimuat naik di laman Youtube, sehingga kini ia sudah berjaya mencatatkan sebanyak lebih 370,000 tontonan.
Satu perkembangan yang sihat buat karier seni kumpulan Bunkface yang dianggotai Sam, Paan dan Youk walaupun Akhir Zaman mendapat kecaman daripada sesetengah pihak disebabkan liriknya yang sedikit kontroversi.
Bagaimanapun, single baharu ini mendapat perhatian ramai kerana sebaris lirik berkaitan dengan LGBT yang menyebabkan trending di laman sosial Twitter.
Akhir Zaman merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Sam berkisarkan tentang keadaan semasa di Malaysia dan dunia sekeliling.
“Kami mendengar suara-suara semasa peminat dan juga rakyat Malaysia dan sudah menjadi tugas kami untuk menyampaikan suara-suara tersebut.
Jadi ini adalah cara kami menyuarakan isu yang benar dengan pendapat yang betul demi agama, demi rakyat dan negara kita Malaysia,”
– Sam
Sejak dilancarkan, netizen sudah memberikan pandangan mereka terhadap lagu terbaharu Bunkface. Namun dilihat komen yang diberikan seimbang di mana ada beberapa golongan yang mengutuk Bunkface dan ada juga yang turut memuji mereka.
Gara-Gara Lirik “LGBT Pergi Mampos”, Single Terbaru Bunkface ‘Akhir Zaman’ Trending Di Twitter!
Seperti ramai sedia maklum, LGBT merujuk status orientasi songsang, sama ada naluri seksual mereka, hak bertukar jantina, hak berkahwin sejenis dan banyak lagi. Rata-ratanya mereka yang memperjuangkan hak LGBT tidak berpuas hati dengan lirik tersebut seolah-olah mempromosi homofobia dalam kalangan rakyat Malaysia.
Sehingga hari ini, isu mengenai LGBT di Malaysia hangat diperkatakan kerana majoriti di negara ini adalah Muslim dan Islam melarang para pengikutnya untuk mengiktiraf hak LGBT.
Sudah hampir 13 tahun bertapak dalam industri, Bunkface mencipta kejayaan tersendiri apabila lagu-lagu terdahulu mereka seperti Situasi, Revolusi dan Bunk Anthem masih lagi meniti di bibir-bibir peminat setia mereka.
Apa pandangan korang tentang single baharu Bunkface ini?