Seperti dipetik Kompas.com, Atta Halilintar datang bersama 10 adik-beradiknya yang dikenali sebagai Gen Halilintar bersama peguam, Sunan Kalijaga. Salah seorang adiknya, Thariq Halilintar berkata, mereka tidak mengambil sebarang keuntungan daripada rakaman semula lagu berkenaan.
Malah, pihak Gen Halilintar terpaksa mengeluarkan modal menyusun semula muzik, pakaian dan alat solek.
“Kami keluarga Gen Halilintar tidak menerima mana-mana keuntungan daripada video yang dibuat itu,”
– Thariq Halilintar
Gen Halilintar didakwa telah melanggar hak cipta lagu Lagi Syantik nyanyian Siti Badriah di Youtube pada tahun 2018.
Syarikat rakaman Nagaswara telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Atta dan keluarganya dengan jumlah tuntutan sebanyak Rp9.5 juta atau kira-kira.
Video lagu tersebut sudah dipadam oleh mereka daripada saluran YouTube mereka.