Perkhidmatan membeli-belah gaya hidup pelbagai platform Malaysia, Go Shop telah menjenamakan semula dua saluran Melayu dengan slogan baharu – Ini Baru Shopping! Go Shop (saluran 118) kini membawa nama baharu, “RUUMA” yang memberi tumpuan kepada item untuk melengkapkan rumah seperti perabot, aksesori rumah, peralatan dapur dan alat memasak.
Sementara, Go Shop (saluran 120) membawa nama “GAAYA”yang menawarkan produk kecantikan dan gaya hidup, keperluan perjalanan, alat digital dan trend fesyen terkini untuk individu yang bergaya. RUUMA mempamerkan jenama popular seperti Corelle, La Gourmet, Shogun, Khind dan Haier, manakala GAAYA menampilkan jenama seperti SimplySiti, Siti Khadijah, Christy Ng dan Leanen.
Untuk meraikan pelancaran baharu ini, Go Shop mengadakan “RUUMA & GAAYA Fair” untuk menawarkan promosi dan hadiah eksklusif kepada para pelanggan yang membeli-belah di RUUMA (saluran 118) dan GAAYA (saluran 120) dari 1 Februari hingga 29 Februari.
Para pelanggan boleh mendapatkan “Go Points” tambahan sebanyak RM5 apabila mereka membeli-belah pada kedua-dua saluran semasa tempoh kempen. Di samping itu, pelanggan juga boleh mengambil bahagian dalam “RUUMA Top Spender Rewards” dan “GAAYA Top Spender Rewards” dimana 5 pembeli teratas di kedua-dua saluran berpeluang memenangi hadiah hamper yang bernilai sehingga RM1,800.
Tonton Go Shop RUUMA (saluran 118) dan Go Shop GAAYA (saluran 120) untuk tawaran – tawaran yang menarik. Para pelanggan juga boleh layari Go Shop melalui www.goshop.com.my dan memuat turun aplikasi Go Shop dari Google Play dan App Store.