Sehingga kini, video muzik rasmi ‘Donde’ telah mencecah lebih 19 juta tontonan sejak dimuatnaik di saluran YouTube Warner Music Malaysia pada 10 April 2019. Malah ‘Donde’ juga berjaya dinobatkan sebagai ‘Lagu Viral Onz’ dalam Anugerah Digital Muzik Era (EDMA 2019) yang berlangsung pada 17 Januari lalu, sekaligus menjadikan kemenangan pertama penyanyi yang mesra disapa sebagai Andi Bernadee pada acara anugerah selepas hampir tiga tahun berada dalam industri muzik.
Ternyata tahun 2019 merupakan tahun yang cemerlang buat Andi apabila turut tercalon dalam kategori ‘Artis Baharu MeleTOP’ dalam Anugerah MeleTOP Era 2019 (AME2019) dan tersenarai dalam Top 5 ‘Lagu Paling Boom’ dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-32 menerusi single terdahulunya ‘Satu Peluang’. Kini bagi meneruskan momentum kecemerlangan kerjaya seninya, Andi muncul dengan single kelimanya berjudul “SHIMMYâ€.
Menerusi “SHIMMYâ€, Andi sekali lagi bekerjasama dengan rapper dan penerbit tersohor, Alif yang juga bertindak sebagai komposer, penulis lirik dan penerbit rakaman lagu ini. Sekali lagi menyuntik rentak muzik latin yang berunsurkan pop ‘reggaeton’ dalam susunan muziknya, sesuai dengan judul lagu ini sendiri yang membawa maksud bergoyang. “SHIMMY†yang sarat dengan rentak dan melodi yang ‘catchy’, dilihatmampu membuat pendengar turut bergoyang dan lagu ini turut dijangkakan bakal mencipta fenomenanya tersendiri.
Menerusi “SHIMMYâ€, Andi mengharapkan kedudukannya sebagai penyanyi lelaki yang membawa konsep muzik urban di persada seni Malaysia semakin mengukuh.
Single “SHIMMY†terbitan Warner Music Malaysia ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 14 FEBRUARI 2020.
Anda juga boleh dengarkan “SHIMMY†di pautan ini http://wmm.lnk.to/Shimmy
TENTANG ANDI BERNADEE
Andi Bernadee atau mesra disapa Andi memulakan kerjaya seninya pada tahun 2017 dengan balada ‘Tiada Lagi Maaf’. Percubaan Andi dalam membawakan irama muzik urban apabila Andi diberikan kepercayaan oleh penyanyi rap terkenal Indonesia, Roy Ricardo untuk merakam semula lagu hits rapper tersebut, ‘Semalem Sahur Dimana’ pada bulan Ramadhan tahun 2018. Kecenderungannya membawakan irama muzik urban seperti hip hop, EDM dan seumpamanya, membuatkan Andi kemudiannya muncul pula dengan single ketiganya ‘Satu Peluang’ yang membawakan konsep muzik urban. ‘Satu Peluang’ mendapat sambutan luar biasa peminat muzik tempatan. Namun, popularitinya hanya mula melonjak apabila single keempatnya ‘Donde’ yang dilancarkan pada Mac 2019 menjadi trending dan tular di kalangan pendengar muzik tempatan. Kini statusnya sebagai penyanyi lelaki generasi baharu yang memperjuangkan muzik urban di arena muzik arus perdana Malaysia menjadi semakin kukuh apabila Andi bakal muncul dengan single kelimanya berjudul ‘Shimmy’ pada Februari 2020.
IKUTI PERKEMBANGAN LANJUT ANDI BERNADEE DI MEDIA SOSIAL
FACEBOOK : https://www.facebook.com/andibernadee2015
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/andibernadee