in ,

Ramai Berselfie dengan Sajat di Mekah, PU Amin Nafi Dibawa Keluar dari Makkah

“Eh tu Sajat, tu Sajat!” – Jemaah kongsi foto Sajat sedang khusyuk berdoa, PU Amin sangkal sudah dibawa keluar dari Makkah

ISU Nur Sajat berpakaian wanita lengkap bertelekung ketika menunaikan ibadah umrah terus mendapat perhatian masyarakat yang ingin mengetahui perkembangan terkini usahawan kosmetik itu.

Pada Isnin, agensi penggembaraan yang membawa Muhammad Sajad Kamaruzzaman atau Nur Sajat itu membuat kenyataan kepada beberapa portal berita bahawa ahli perniagaan itu sudah dibawa keluar dari Makkah.

PU Amin mendedahkan perkara itu di laman sosial Instagramnya.

Bagaimanapun, pendakwah bebas dan mutawif Pencetus Ummah (PU) Amin memberitahu beberapa jemaah dan kawan-kawannya masih terserempak dengan selebriti laman sosial itu ketika membuat saie.

“Ramai kawan-kawan dan sebahagian jemaah umrah saya tadi jumpa Sajat dan kawan-kawannya di tempat saie tadi.

“Mereka masih bertudung dan sedang buat saie. Ramai muslimah terkejut dan tak sempat ambil gambar dan hanya sebut ‘eh tu Sajat tu Sajat'” tulisnya di Instagram.

Kata PU Amin, berita penangkapan Sajat dan sudah dibawa keluar itu tidak benar kerana individu itu masih berada di Masjidil Haram.

Justeru itu, PU Amin yang kini berada di sana meminta kaum wanita menjaga aurat sebaiknya walaupun berada di kawasan solat muslimah.

Tambahnya, beberapa jemaah sudah membuat laporan berkaitan perkara itu kepada pihak berkuasa di sana.

“Jadi yang kata Sajat kena tangkap dan dibawa keluar semua tu tak betul. Dia masih ada di Masjidil Haram, Makkah.

“Kepada semua jemaah muslimah pelihara aurat sebaiknya walaupun kalian berada di kawasan solat muslimah.

“Sebahagian jemaah umrah di sini ada buat laporan polis tadi,” ujarnya.

Sajat

Perkongsian seorang jemaah yang sedang menunaikan umrah. -FOTO FB Nur Hidayah Rozlan.

Sementara itu seorang jemaah Malaysia, Nur Hidayah Rozlan menerusi laman sosial Facebooknya turut memuat naik foto Sajat yang sedang khusyuk berdoa.

“Jumpa Sajat di kota Makkah masa nak tawaf wada’… kata dah kena tangkap? Agensi kata dah keluar dari Makkah? Tipu juga ke?”

“Masalahnya saya jumpa dia tengah khusyuk berdoa depan pintu Multazam,” tulisnya.

Sebelum ini, media sosial digemparkan dengan berita Sajat lengkap berpakaian wanita termasuk bertelekung ketika menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah.

Sajat dipercayai menunaikan ibadah itu bersama ahli keluarga dan anak angkat serta beberapa rakannya.

Sumber: mStar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tunai Umrah Tidak Ikut Jantina Asal Haram, Berdosa – Mufti Wilayah Persekutuan

Legasi Dari Tirai Besi Dalam Panorama