in ,

Zizi Kirana Tak Kisah Jika Ada Yang Terasa dengan Lirik Lagu EH

Zizi berkata, lagu hasil kolaborasi bersama Navigator dan Mambang itu sememangnya ditujukan kepada warganet yang sentiasa mencari serta mencerca kekurangannya.

“Lirik lagu ini agak sarkastik dan ia dihasilkan untuk mereka yang suka ‘membawang’, tidak kira sama ada orang luar atau kawan baik saya.

“Tidak tahulah jika ada yang terasa. Setakat ini, belum ada yang datang dan bercakap mengenainya secara berdepan. Tetapi, kalau benar terasa, nasiblah… Siapa suruh bermulut jahat?,” katanya.

Eh dilancarkan pada 29 November lalu dan sehingga kini, video muzik lagu itu sudah mencecah 1.6 juta tontonan di YouTube.

Menariknya, menerusi lagu itu, Zizi cuba menampilkan elemen tradisional, sekali gus membuatkan karya terbarunya itu dekat di hati pendengar.

Sementara itu, Zizi berkata, dia bersyukur Eh mendapat maklum balas positif, malah ramai yang suka melihat penampilannya apabila berkebaya dalam video muzik itu.

“Pada mulanya, saya agak risau jika Eh tidak mendapat perhatian. Tambahan pula, saya banyak terbabit dalam penghasilan lagu ini, termasuk lirik dan melodi.

“Tertanya-tanya juga sama ada ia diterima atau sebaliknya. Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya apabila lagu ini diperkenalkan. Alhamdulillah, video muzik Eh mencatat lebih sejuta tontonan selepas dua minggu dilancarkan,” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Ejen Ali Tawan 100 Pawagam di Indonesia

Betul Ke Mira Filzah Bakal Nikah Tahun Depan?