in ,

Inovasi Tingkat Pengeluaran Minyak Gaharu dengan Dapur Gaharu Moden

Pada hari Selasa, tanggal 10 Disember lalu, Budiey sempat menghadiri satu sesi pengenalan dapur inovasi gaharu teknologi digital IR 4.0 di pejabat Juara Agarwood Resources Sdn. Bhd yang terletak di Cyberjaya.

Juara Agarwood Resources Sdn. Bhd. (Juara Agarwood) menjadi syarikat bumiputera pertama seumpamanya di Malaysia malah di rantau Asia Tenggara memperkenalkan dapur gaharu moden dibangunkan melalui inovasi daripada kepakaran serta kemahiran anak-anak tempatan.

Sesi sidang akhbar itu diadakan bagi mengumumkan inovasi baharu dapur moden gaharu yang dicetuskan oleh syarikat tersebut baru-baru ini. Selain Pengarah Urusannya, Muhammad Hafiz Talib, turut hadir juga Pengurus Pembangunan Projek One Diversity Sdn. Bhd., Jamaluddin Sabran dan Marwan Shahabuddin dan Pengarah Penasihat Lembaga, Juara Agarwood, Noor Baini Masri.

Dapur moden yang menggunakan Smart Automatic Distillation System itu telah dibangunkan bersandarkan kepada masalah yang dihadapi oleh pemain industri gaharu yang terlibat dalam pemprosesan minyak gaharu secara tradisional.

“Syarikatnya kami juga mengeluarkan pelbagai produk kosmetik yang turut mendapat pengiktirafan amalan perkilangan baik (GMP) dan kini dalam usaha menembusi pasaran Indonesia dan Thailand.

“Melalui kepakaran itu, kami berharap dapat membantu pengusaha tanaman gaharu memasarkan produk mereka tanpa bergantung kepada pihak lain,”

– Muhammad Hafiz Talib

Inovasi dapur gaharu teknologi digital terulung di negara ini dihasilkan melalui  ‘stainless steel’ dilengkapi sistem elektronik melalui bantuan WiFi dan boleh diakses melalui telefon mudah alih di serta dunia. 

Dapur gaharu teknologi digital itu dihasilkan dengan dua bentuk yang mampu memasak 2.5 kilogram (kg) dan 50 kg kayu gaharu menggunakan pemanas dari sumber elektrik sepanjang empat hari proses memasak.

gaharu

Teknologi baharu yang diperkenalkan syarikat Bumiputera JAR itu sejajar dengan Revolusi Industri 4.0 atau IR 4.0 yang mewarnai gaya hidup masyarakat dunia masa kini yang memerlukan semua pihak bertindak pantas seiring dengan perkembangan teknologi dan sistem automasi lebih pintar. 

Teknologi baharu ini dihasilkan bertujuan membantu pengusaha memproses dan menghasilkan sendiri produk dari tanaman itu tanpa bergantung kepada pihak lain.

Menurut Pengarah Urusannya, Muhammad Hafiz Talib, proses memasak minyak gaharu secara tradisional melibatkan satu proses yang sukar dalam tempoh masa yang lama, penggunaan gas memasak yang banyak dengan kos yang tinggi selain pemantauan tanpa henti selama 24 jam untuk empat hari oleh tenaga kerja.

“Pastinya proses memasak di kawasan dapur yang panas itu akan memiliki kekurangannya iaitu daripada aspek suhu yang tidak terkawal, kotor dan juga bakal berlaku pencemaran karbon,”

– Muhammad Hafiz Talib

Menurut beliau, JAR adalah pengilang kosmetik pertama di Malaysia yang menjadi pengeluar bahan asas sabun yang mendapat persijilan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui kerjasama penyelidikan selama lima tahun dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). 

gaharu

Mengulas lanjut, Muhammad Hafiz berkata, dapur gaharu moden yang dibangunkan dalam masa setahun melalui kajian dan pembangunan yang teliti itu kini bersedia ditawarkan di pasaran terbuka mengikut tempahan pelanggan.

Jelasnya, ia terdiri daripada tiga jenis model iaitu dapur yang memasak 2.5 kilogram (kg) hingga 25 kg kayu gaharu dengan harga serendah RM5,000 hingga RM50,000.

Dapur moden digital ini mampu menghasilkan pati minyak gaharu yang berkualiti tinggi hanya dengan menggunakan sumber elektrik dan sistemnya boleh dikawal menggunakan telefon pintar.

“Jika dapur tradisonal terpaksa menggunakan sehingga empat tong gas untuk memasak kayu gaharu selama empat hari tetapi dapur moden digital ini hanya melibatkan kos penggunaan elektrik antara RM30 hingga RM60,”

– Muhammad Hafiz

Muhammad Hafiz berkata, dengan menggunakan teknologi baharu itu pengusaha boleh mengusahakan pati minyak dan produk kesihatan air hidrosol bermutu tinggi secara moden di rumah berbanding secara tradisional sebelum ini yang diadakan jauh dari kawasan rumah.

Menurut beliau, dapur tradisional yang dipraktikan sebelum ini memerlukan kos bahan api gas yang banyak sehingga mencecah kepada empat tong sepanjang proses empat hari memasak itu diadakan.

“Selain terpaksa berjaga sepanjang masa, pengusaha juga berhadapan dengan keadaan suhu panas dapur selain faktor kebersihan yang boleh mencemarkan kualiti produk dihasilkan.

“Penggunaan dapur digital ini mampu dikawal dari  jarak  jauh walaupun pengusaha ketika itu sedang bercuti ke luar negara ataupun mempunyai urusan lain di luar kawasan.

“Teknologi digital itu dihasilkan dalam jangka masa setahun melalui kajian dan pengalaman JAR sepanjang mengusahakan produk berkenaan melebihi lima tahun lalu dan kami merasa berbangga kerana usaha diadakan itu dapat membantu dan mengembangkan produk  kayu gaharu di negara ini.

“Dapur digital berkapisiti 2.5 kg itu mampu menghasilkan dua hingga lima militer (ml) minyak dan 1.8 liter air hidrosol yang bernilai tinggi serta mempunyai pasaran tinggi daripada pembeli dari dalam dan luar negara.

“Kos bagi setiap unit  dapur itu dipasarkan sekitar RM5,000 bagi 2.5 kg dan RM50,000 bagi 25 kg yang mampu disiapkan dalam jangka masa dua minggu selepas membuat tempahan. 

Tambah beliau, sehingga kini, syarikat telah memasarkan lebih daripada 20 unit dapur moden kepada pelanggan termasuk menerima tempahan dari Vietnam dan Indonesia.

“Setakat ini, JAR telah berjaya memasarkan lebih 20 unit dapur digital ini termasuk menerima tempahan dari Vietnam dan Indonesia yang juga negara pengeluar kayu gaharu terbesar selepas Malaysia.

Syarikat mengunjurkan jualan sehingga RM50 juta pada tahun depan melalui sumbangan tempahan daripada pelanggan domestik dan juga luar negara.

Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Wann & Noorshila Amin Tersingkir di Gegar Vaganza Semi Final

airasia

AirAsia Appoints Jun Aida to Head Airasia Japan