Proton Holding Berhad akan memperkenalkan model terbaru keluaran mereka pada pertengahan Januari tahun 2008 ini sebagai satu langkah mereka untuk mengukuhkan kedudukan Proton dalam segmen kereta penumpang di Malaysia. Penguasaan Proton dalam segmen kereta penumpang telah menyusust setelah mengalami masalah pengurusan dan produk baru-baru ini.
Menurut sumber dalaman Proton, dengan pengenalan model terbaru ini yang dikenali sebagai BLM iaitu model gantian Saga atau Iswara ini, mereka yakin akan dapat menyaingi bahkan mengatasi penguasaan Perodua dalam segmen tersebut.
Model BLM ini dijangka akan dijual sekitar RM 30, 000 sehingga ke RM 33, 000 dan mempunyai rekabentuk campuran di antara Honda City dan Waja ini dijangka akan mendapat sambutan yang mengalakkan seperti mana model Persona keluaran Proton yang telah dipasarkan sebanyak 30, 000 unit setakat ini.
Proton akan membuka tempahan awal bermula 1hb Januari 2008 dan mula mengedarkan pada pertengahan januari ini.
Dalam Buletin Utama tadi, disiarkan gimik pelancaran kereta proton saga BLM ini diadakan secara berperingkat dengan mempamerkan unit komponen kereta ini satu persatu.
Ada sesiapa dah tempah?
[tags]proton pesona, proton baru, gambar proton saga BLM, 1.3 siries, proton spec, proton car, proton wira, iswara, satria, pesona baru, proton.com.my[/tags]