Peserta Gegar Vaganza yang kini muncul sebagai satu fenomena, Naqiu Boboy menafikan pernah berkahwin dua dan sudah menceraikan isteri pertama seperti yang didakwa segelintir pihak.
Naqiu, 33, atau nama sebenarnya Wan Naqiuddin Mohd Najib berkata, perkara itu tidak masuk akal.
“Awak tengok muka saya, layakkah ada dua isteri? Memang tak ada.
“Saya tak tahu dari mana cerita ini timbul. Saya pun tak tahu, malah siap kata ada dua isteri. Semua tahu umur anak saya rapat, iaitu selang setahun.
“Anak sulung berusia tujuh tahun, kedua (enam), ketiga (lima), keempat (empat) dan yang bongsu baru nak masuk setahun. Jadi, bila masa saya kahwin dua tu,”
– Naqiu
Naqiu yang ditemui selepas konsert minggu ketujuh Gegar Vaganza musim keenam (GV6) malam tadi berkata, apa yang disebarkan itu adalah kelakar apabila mengatakan isterinya yang dikatakan lemah lembut dikenali sebagai Hani merampas kawan baik sendiri yang kononnya isteri pertama.
Individu yang menggunakan akaun Kiah Ronggeng 88 itu juga mendakwa Naqiu menceraikan isteri pertama selepas dihasut isteri kedua.
”Ini paling kelakar. Isteri saya memang merendah diri. Dia adalah teman hidup saya,”
– Naqiu
Sebuah forum gosip hiburan telah membongkar kehidupan sebenar seorang selebriti yang pernah berpoligami. Lebih mengejutkan apabila isteri kepada penyanyi lelaki yang dimaksudkan itu didakwa memaksa untuk menceraikan isteri pertama yang pernah menjadi kawan rapatnya sebelum ini.
Dakwa pengguna itu lagi, anak pertama dan ketiga penyanyi itu merupakan hasil daripada perkahwinan pertamanya. Biarpun tidak menujukan dakwaan itu terhadap mana-mana selebriti namun ramai yang mengandaikan kenyataan itu dikaitkan dengan Naqiu.
Pun begitu, Naqiu tidak mahu melatah sebaliknya menerima dengan terbuka perhatian yang diberikan kepadanya selepas 12 tahun menyepikan diri daripada industri.
”Saya terbuka apa saja. Ini bermakna orang memberi perhatian pada saya. Seperti apa yang berlaku sekarang. Dalam sudut positif orang sentiasa mencari saya.
”Kalau dari segi negatif, mungkin nak menjatuhkan saya. Tapi saya banyak ke arah sudut positif. Tapi bagi saya okey saja sebab orang cari kita kan.
“Sepanjang 12 tahun senyap dan baru dalam lebih sebulan saja saya muncul semula orang sudah korek macam-macam. Sedikit sebanyak ada bagusnya juga untuk kerjaya.
”Apa pun, kepentingan saya sekarang adalah kerjaya sebab ada banyak lagi perancangan,”
– Naqiu
Dalam masa sama, Naqiu berterima kasih kepada individu yang menyebarkan cerita itu yang dianggap ambil berat terhadap dirinya.
“Saya berterima kasih kepada individu itu kerana ambil berat mengenai saya. Saya doakan awak bahagia.
“Saya tak ambil pusing pun perkara ini. Sekejap saja saya akan lupakan. Sebab saya jenis macam itu,”
– Naqiu
Sumber berita: Harian Metro