in , ,

AirAsia Rai Ulang Tahun Ke-18 Dengan Tambang Serendah RM18

airasia

AirAsia meraikan ulang tahun ke-18 dengan promosi istimewa yang menawarkan tambang dari hanya RM18* sehala dari Kuala Lumpur ke Alor Setar, Johor Bahru, Kota Bharu, Kuantan, Langkawi, Miri, Pulau Pinang, Kuala Terengganu dan banyak lagi.

Selaras dengan transformasi kami ke arah menjadi platform perjalanan dan gaya hidup, sambutan ini tidak terhad kepada jualan tiket penerbangan sahaja, malah juga untuk hotel, aktiviti, tawaran dan banyak lagi di airasia.com.

AirAsia 18th Anniversary

Butiran penting Jualan Ulang Tahun ke-18

  • SNAP : Penerbangan pergi dan balik + Pakej 3H2M dari RM299* seorang
  • AKTIVITI : Diskaun 18% untuk semua aktiviti darat bagi 500 transaksi pertama dengan

kod promo AA18BD

  • TAWARAN : Diskaun 18% untuk Tawaran Gabungan AirAsia termasuk makanan dan minuman, kecantikan & perkhidmatan di Kuala Lumpur.
  • BAGASI : Diskaun 8% untuk semua pilihan bagasi tambahan**
  • HOTEL : Diskaun 5% untuk tempahan hotel dengan kod promo 18BDAY
  • INSURAN : Diskaun 8% untuk pelan lengkap***

“AirAsia telah beroperasi selama 18 tahun yang menakjubkan, dan sepanjang masa ini kami telah menjadikan Asean lebih kecil dan membolehkan ratusan juta orang untuk terbang, majoriti daripada mereka terbang buat kali pertama.

Ini kerana kami berpegang teguh kepada janji kami untuk menawarkan tambang rendah.

Setelah menghampiri dua dekad kami beroperasi, kami kini menawarkan lebih dari penerbangan dan juga termasuk tawaran perjalanan dan gaya hidup untuk anda, para tetamu kami. Terima kasih.”

Ketua Pegawai Komersil Kumpulan AirAsia, Karen Chan

Tambang istimewa ini boleh didapati di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia dari 25 November 2019 (0001h GMT +8) hingga 1 Disember 2019 (2400 GMT +8) untuk perjalanan antara 27 April 2020 dan 1 Mac 2021.

Sejak penubuhannya pada tahun 2001, AirAsia telah menjadi salah satu kumpulan syarikat penerbangan terbesar di dunia, dengan lebih 600 juta tetamu diterbangkan dan lebih daripada 150 destinasi di seluruh Asia Pasifik dalam rangkaiannya.

Untuk berita terkini AirAsia, aktiviti dan promosi, ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).

* Tambang keseluruhan termasuk cukai dan yuran.

** Tidak termasuk untuk AirAsia Japan dan penerbangan ke Amerika Syarikat

*** Promosi ini hanya tertakluk kepada pelan komprehensif untuk penerbangan yang berlepas dari Malaysia dan Thailand. Tune Protect Travel – AirAsia dijamin oleh rakan insurans tempatan bergantung kepada negara pelepasan pertama anda. Tidak terpakai bagi (penerbangan keluar ke) Amerika Syarikat, Korea, Taiwan dan Arab Saudi. Tertakluk pada terma dan syarat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Adira Tak Jadi Bercerai Demi Masa Depan Anak

Pre-Order Apple Watch Series 5 With Built-In Cellular On Friday 6 December