in , ,

Viu Menerbitkan Semula Sitcom Ikonik Malaysia KOPITIAM

Siri Viu Original terbaharu, Kopitiam: Double Shot, paparkan kehidupan harian sebenar Malaysia di dalam 10 episod komedi mencuit hati

Viu, peneraju perkhidmatan penstriman serantau dengan 36 juta pengguna aktif bulanan, mengembalikan sitcom klasik Malaysia, Kopitiam dengan jalan cerita baharu segar. Diperkenalkan semula sebagai Kopitiam: Double Shot, siri ini bakal disiarkan secara eksklusif di Viu bermula pada akhir November ini. Versi baru ini menampilkan pelakon dan pelawak terkenal seperti Douglas Lim, Rashid Salleh dan Sharifah Amani. 

Dalam siri yang diarahkan oleh Imri Nasution, Kopitiam yang dulunya dimiliki Marie kini menjadi kepunyaan Steven yang tua sebelum waktunya (dilakonkan oleh Lim). Dia merancang untuk menjual perniagaan yang tidak disukainya, sehingga sepasang pengunjung – seorang pengimpi yang baru kehilangan kerja, Alia (lakonan Amani) dan sahabat akrabnya, seorang yang tidak menyedari tetapi baik hati, Seleb (lakonan Melissa Campbell) – tetap menawarkan diri untuk mengambil alih perniagaannya.

Kopitiam-+Double+Shot_Teaser+Poster

Bersama dengan chef comel tetapi canggung (lakonan Harvinth Skin), seorang pembantu yang serba tahu tetapi enggan melepaskan kerjanya (lakonan Charles Roberts) dan seorang bintang Hollywood yang tidak akan menjadi (watak Jo yang dilakonkan semula oleh Rashid Salleh), saksikanlah telatah geng tersebut yang serba-serbi tidak ketahuan dalam usaha mereka membawa Kopitiam yang lapuk memasuki abad ke-21. 

“Kami sangat gembira dan terharu menyaksikan semangat dan penerimaan audiens Malaysia terhadap Viu Originals yang disiarkan sehingga kini.

Ini memberi inspirasi di dalam perjalanan kami untuk berterusan berusaha lebih kuat dan gigih untuk membawa kisah-kisah tempatan yang menarik yang audiens kita boleh nikmati dan suka.

Kopitiam disukai ramai rakyat Malaysia dan kami merealisasikan peluang untuk mempersembahkannya kepada generasi baharu yang tidak biasa dengan siri ikonik ini.

Di dalam format digital tempatan dan situasi yang bergema kepada mereka, kami telah memutuskan untuk meneruskan legasi program ini!,”

Kingsley Warner, Pengurus Besar Vuclip Malaysia

Siri berbahasa Inggeris pertama Malaysia itu diterbitkan pada 1998 dan bersiaran selama 7 musim – menjadikan Kopitiam sitcom berbahasa Inggeris yang bersiaran paling panjang di Malaysia.

Kisah mencuit hati dan kelakar mengenai persahabatan, masyarakat dan keluarga dipaparkan dengan latar belakang Malaysia yang sebenar, menyaksikan kemenangan dalam beberapa anugerah, termasuk Best Sitcom pada Asian Television Awards pada 1998. Disukai ramai, pelakon asal siri Kopitiam iaitu Lina Teoh, Joanna Bessey, Mano Maniam dan Tan Jin Chor juga akan membuat kemunculan khas di dalam siri Viu Original ini.

Benar-benar sebuah pengeluaran Malaysia, Viu telah menjalin usahasama dengan platform e-dompet tempatan, Boost untuk menghidupkan semula legasi Kopitiam dengan siri Viu Original serba baharu. 

“Sebagai peneraju e-dompet gaya hidup di Malaysia, kami teruja untuk bekerjasama dengan Viu di dalam penerbitan tempatan yang sarat dengan nostalgia dan sesuatu yang rakyat Malaysia boleh alu-alukan di kediaman mereka sekali lagi selain menonton di mana-mana sahaja menerusi aplikasi Viu.

Sebagai sebuah jenama tempatan yang memahami apa kesukaan rakyat Malaysia, Boost gembira dapat membawakan semua siri kandungan yang menyeronokkan dan menawan dan boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana jua.” 

Mohd Khairil Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Boost

“Kami berbangga dapat bekerjasama dengan Viu dan juga penerbit, Double Vision, bagi menyokong usaha mereka dalam mencipta produksi tempatan Malaysia.

Komedi klasik ini diingati dengan intim oleh para audiens dan kami tidak ragu-ragu bahawa perspektif dan versi baharu mengenai budaya rakyat Malaysia ini akan diterima baik dan menyeronokkan penonton.” 

Steven Murphy, Pengarah Urusan Motion Content, Asia Pasifik

Kopitiam: Double Shot diterbitkan oleh Double Vision (DV) dalam kerjasama dengan Motion Content Group. DV merupakan rakan kongsi lama Viu dan syarikat penerbitan yang bertanggungjawab untuk pengeluaran siri Kopitiam sebenar, diketuai oleh Ketua Penerbitan DV, Min Lim.

Siri ini telah memulakan penggambaran pada September dan dijadual untuk tayangan pada 28 November 2019, dengan 2 episod berturut-turut pada setiap Khamis. Kopitiam: Double Shot akan disiar secara eksklusif di 17 pasaran Viu di Asia, Timur Tengah dan Afrika.

Penonton boleh menonton siri ini menerusi aplikasi Viu, yang boleh dimuat turun secara percuma di App Store atau Google Play Store. 

###

Mengenai Viu

Viu merupakan peneraju perkhidmatan penstriman hiburan, dikendalikan oleh PCCW Media Group, terdapat di 17 pasaran termasuk Hong Kong, Singapura, Malaysia, India, Indonesia, Filpina, Thailand, Myanmar, Afrika Selatan dan Timur Tengarah seperti UAE, Arab Saudi, Mesir, Bahrain, Iraq, Jordan, Kuwait, Oman, Qatar. Penawaran nilai Viu yang unik iaitu program TV segar dan menggunakan elemen tempatan di peringkat serantau dan juga TV premium tempatan, filem dan filem tulen menghiburkan jutaan pengguna setiap hari. Viu Originals mempersembahkan kisah-kisah menarik dengan kualiti penerbitan berkelas dunia, turut memberi peluang kepada bakat tempatan mempamerkan kemahiran mereka di pentas dunia. Perkhidmatan ini boleh diakses menerusi app Viu yang ditawar secara percuma pada App Store dan Google Play, pada peranti seperti telefon pintar dan tablet, selain web di www.viu.com.

Mengenai Boost

Boost adalah syarikat e-dompet gaya hidup yang dibangunkan di Malaysia, yang mempermudahkan kaedah pengguna melakukan transaksi harian. Menggabungkan ciri-ciri gaya hidup dan teknologi paling maju, Boost menjadikan transaksi lebih mudah, lebih pantas, terjamin dan memberi ganjaran kepada pengguna. Boost membolehkan 4.7 juta penggunannya untuk membayar menerusi telefon pintar di lebih 113,000 lokasi yang turut serta tanpa perlu kelecehan menggunakan tunai fizikal atau kad.

Ciri-ciri penting di dalam app Boost adalah termasuk, ganjaran serta-merta menerusi ciri utama kami “Shake”; membeli pra-bayar dan tambah nilai permainan bergerak; beli-belah dalam talian; membayar bil utiliti; membayar caj parkir berpalang atau jalan di kawasan terpilih; menempah pengangkutan awam tempatan dan luar dari bandar; menerima tiket wayang dan pakej percutian; mendapatkan bantuan kerosakan kenderaan; membeli dan menghadiahkan baucar digital; penghantaraan makanan dan tempahan restoran; selain pemindahan wang dan derma tanpa tunai kepada badan-badan kebajikan.

Muat turun Boost dari Google Play Store atau Apple App Store. Untuk maklumat lanjut, sila lawat  https://www.myboost.com.my/ atau ikuti Boost di Facebook (https://www.facebook.com/myboostapp/) dan Instagram (https://www.instagram.com/myboostapp/).

Mengenai Motion Content Group
Motion Content Group merupakan firma pelaburan dan pengurusan hak global. Ia melakukan pelaburan dan berkongsi dengan firma peneraju bakat, pengeluar dan pengedar dunia untuk membiayai, membangun, menerbit dan mengedar kandungan premium. Motion menyokong rangkaian dan platform cergas secara editorial dan komersial dengan membantu memenuhi permintaan pesat bagi kandungan premium, untuk manfaat pengiklan dan rakan kongsi kandungannya. 

Beribu pejabat di London dan Los Angeles, Motion pada masa ini beroperasi di 27 negara di seluruh dunia dan memiliki program-program luas memenangi hadiah yang diedarkan di peringkat global.  Motion Content Group adalah sebahagian daripada GroupM, sebuah syarikat WPP dan peneraju dunia di dalam operasi pengurusan pelaburan media sepenuhnya.

Ikuti Motion pada Twitter di sini: @motion_content dan Instagram @MotionContentGroup

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

JEMSON & FARASU Opening Act Konsert Loudness di The Bee, Publika

Konsert Kenangan Lalu KL 2019 Hargai Pendengar Setia KLfm