Tidak ketinggalan untuk sama-sama menikmati keindahan pulau ini adalah rakyat Malaysia yang tidak jemu melawat pulau yang digelar ‘pulau dewata’ ini. Lebih menarik lagi, Bali mempunyai banyak kawasan yang menjadi pilihan untuk penginapan. Salah satu kawasan yang agak popular adalah Tanah Lot. Ia merupakan daerah yang menawarkan pemandangan semulajadi yang indah dengan latar belakang beberapa candi serta kuil popular penganut Hindu tempatan.Buat yang inginkan percutian yang eksklusif dan ingin lari dari kesibukan bandar, Tanah Lot merupakan kawasan yang sesuai.
Dan untuk melengkapi suasana aman dan damai menginaplah di ‘BE Villais’. Ia adalah jawapan yang paling tepat untuk anda kerana terletak berhampiran dengan keindahan lautan biru serta beberapa kuil yang unik.
Lokasinya juga terletak di dalam kawasan permainan golf dan jika memandu keluar dari kawasan resort ada ajnas kedai serbaneka, restoran dan macam-macam lagi eminyak yang sibuk. Di vila ini, mereka menawarkan suasana yang tenang dan damai.
Vila ini direka dengan unsur Bali yang ada sentuhan kemewahan. Kawasannya luas dan terdapat kolam renang untuk para tamu beriadah. Tersedia juga dapur untuk memasak dan menyediakan makanan.
Konsep vila suite ini memberi peluang kepada para tamu untuk memilih jenis penginapan yang mereka mahukan sama ada vila suite atau bilik-bilik mewah
Selain sarapan yang dibawa ke balkoni penginapan vila tamu, masakan juga boleh disediakan oleh pekerja vila dengan hanya memberikan wang untuk membeli bahan-bahan yang ingin dimasak dan makan.Para tamu pasti akan berasa seperti menginap di sebuah rumah yang mewah dan ekslusif kerana semuanya sudah tersedia!Keluasan kawasan vila ini juga membolehkan setiap ruang di dalam dan di luar sesuai untuk anda bergambar dan mengabadikan kenangan bersama keluarga dan rakan-rakan.
Selain hiasan dalamannya yang cantik ia turut menyediakan kemudahan berbasikal jika para tamu ingin meneroka sekitar vila dan juga kawasan berdekatan.
Para tamu yang tinggal di sini boleh merasai sendiri perkhidmatan yang sangat peribadi dari saat mereka mendaftar masuk hinggalah mereka meninggalkan vila tersebut.
Andai ingin bermalam dengan keindahan latarbelakang Tanah Lot, pastikan BE Villais menjadi destinasi pilihan anda!