Pertama seumpamanya di dunia, Rumah Seram akan dilancarkan pada 31 Oktober 2019, dengan menghidupkan kembali filem blokbuster terkenal Korea menjadi satu pengalaman unik dan mendebarkan. Ia dibawakan khas untuk anda oleh Resorts World Genting dan syarikat tambang murah AirAsia.
“Ini bukannya kali pertama acara hebat sempena Halloween yang kami cipta di Resorts World Genting, tetapi saya percaya ia adalah yang terbaik,”
“Sebagai peneraju dalam bidang hiburan keluarga di Malaysia dan rantau ini, kami sentiasa berusaha lebih untuk memenuhi kehendak pelanggan.
Oleh sebab itu kami memilih Train To Busan, memandangkan ia sudahpun dikenali dan kerana itu juga kami memillih untuk bekerjasama dengan Vividthree yang merupakan peneraju utama dalam bidang menghidupkan kembali filem-filem blokbuster.
Kami amat-amat berterima kasih kerana Vividthree tanpa lengah bersetuju untuk projek ini untuk menghasilkan Rumah Seram hebat ini.”
– Roger Ong, Penolong Naib Presiden Acara dan Hiburan Resorts World Genting
Kerjasama dengan Vividthree, sebuah syarikat produksi kandungan digital dari Singapura, Rumah Seram Train To Busan adalah hasil terbaik yang boleh dicapai dalam pengunaan teknologi di lokasi.
Dengan pengalaman yang dimiliki oleh Vividthree seperti penglibatan dalam filem trilogi pecah panggung Ah Boys To Men dan filem animasi Hollywood Robotropolis – syarikat itu berjaya mencipta satu pengalaman seram menarik yang dianggap sebagai salah satu karya hebatnya.
Bagaimana ia dibuat? Pasukan produksi daripada Vividthree membawa kami di sebalik tabir dan tunjuk pembikinan Rumah Seram hebat ini.
Di Sebalik Tabir
Bekerjasama dengan pemilik IP Train To Busan, Content Panda, Korea Selatan, Rumah Seram menggunakan teknologi terkini dunia digital dan realiti maya dan seseorang itu perlu merasai sendiri perasaan takut itu untuk percaya.
Rumah Seram dicipta dengan teliti supaya ia memiliki jalan cerita yang sama dengan filem sebenar dan memiliki plot tambahannya sendiri.
Bermula dengan menonton filem tersebut – filem yang berjaya mengutip kutipan kasar tertinggi di Korea Selatan – berulang-ulang kali, pasukan Vividthree mengenal pasti bahagian dan adegan yang difikirkan sesuai untuk digunakan dan diterjemah ke dalam pengalaman fizikal.
Menurut Vividthree, ia adalah satu cabaran besar buat pasukan itu untuk mengekalkan keaslian karakter dan dalam masa sama membuka peluang kepada kemungkinan baru.
“Kami tanya pada diri sendiri: apa yang kami akan lakukan sekiranya kami adalah salah seorang daripada mereka (orang Korea) yang terperangkap dalam malapetaka zombie? Apa akan berlaku sekiranya kami memilih adegan yang berbeza berbanding apa yang telah dilakukan oleh watak-watak dalam filem tersebut,”
“Ia amat menyeronokkan untuk mencari semula idea dan lihat apa yang boleh dilakukan serta bagaimana kami boleh menambah baik.
Tetapi, ia juga merupakan satu cabaran besar ketika bekerja dengan pemilik IP yang berjaya seperti Train To Busan kerana mereka mempunyai begitu ramai peminat di seluruh dunia yang menyukai filem itu.”
– Jed Mok, Ketua Pegawai Eksekutif Vividthree
Pasukan itu berjaya siapkan tetapan Rumah Seram dalam tempoh 48 jam selepas babak akhir filem itu dengan bertanyakan beberapa soalan: apa lagi yang berlaku di Seoul, Daejeong dan Busan, serta apa akan berlaku kepada mangsa yang masih hidup?
Dengan menggunakan petunjuk yang ditinggalkan oleh pengarah filem itu, lebih daripada konsep diperhalusi untuk dijadikan produk akhir, dan dihidupkan kembali menerusi gabungan pelakon hidup, teknologi digital, video baharu dan kesan bunyi.
Menerusi perbincangan dengan Content Panda, filem tersebut secara dilebarkan dramatik: dimana peminat filem berkenaan akan merasai pengalaman yang sama seperti filem asal Train to Busan, serta masih mampu menawarkan rasa takut buat mereka yang tidak biasa dengan filem itu.
“Rumah Seram Train to Busan dipecahkan kepada beberapa bahagian dan setiap satu mempunyai keunikan tersendiri yang diilhamkan daripada filem itu,”
Apabila pengunjung masuk untuk mengalaminya, mereka akan dibawa ke kawasan sibuk di Seoul yang diterangi cahaya lampu neon, serta turut menempatkan makanan penjaja terbaik di Korea.
Selepas membeli tiket kereta api, mereka kemudian akan masuk ke kawasan stesen kereta api yang sudah musnah, yang terletak di aras dua stesen menghempap para penumpang dan juga terdapat zombie kelaparan di bawah runtuhan.
Para penumpang kemudian perlu berjalan melalui dua kawasan Rumah Seram. Yang pertama terdiri daripada kedai-kedai runcit Stesen Kereta Api Daejeong yang musnah, dan yang kedua di dalam kereta api yang telah ditinggalkan.
Tetapi berwaspada, anda tidak keseorangan! Selepas kawasan Rumah Seram, penumpang kemudian boleh menuju ke kawasan Kem Utama untuk bertarung sama ada sebagai mangsa yang selamat atau zombie.
Setiap zon menawarkan tahap keseronokkan dan takut yang berbeza, dan setiap satu mempunyai kelebihannya yang tersendiri.”
– Roger Ong, Penolong Naib Presiden Acara dan Hiburan Resorts World Genting.
Mencipta Rumah Seram
Rumah Seram akan diseramkan lagi dengan barisan 50 pelakon dan pekerja , yang akan dipilih mengikut saiz fizikal dan kemahiran berlakon. Bekerja mengikut syif, para pelakon – kesemuanya rakyat tempatan – akan memainkan peranan sebagai zombie dan mangsa yang terselamat dalam menghidupkan jalan cerita yang dibuat oleh Vividthree.
Perhatian kepada butiran kepada para pelakon dan kostum adalah besar. Diketuai oleh seorang artis tempatan yang memenangi anugerah, proses solekan untuk seorang pelakon mengambil masa sehingga 2 jam, manakala pakaian yang dikenakan ditata khas untuk dikenali oleh peminat filem tersebut.
Persiapan Rumah Seram Train to Busan mengambil masa beberapa bulan untuk siap. Ia merangkumi persiapan seni, reka bentuk set, tema peralatan dan teknikal yang membuatkan ia kembali hidup.
Setiap aspek pengalaman hadir dengan cabarannya sendiri, dan pasukan di Vividthree amat berhati-hati dalam memastikan suasananya sama seperti dalam filem dengan menggunakan kesan bunyi audio dan aset video untuk meningkatkan lagi realisme.
Cermin berhantu pagar sesat sebagai contoh mengambil inspirasi daripada filem Mirrors pada tahun 2008 dan babak pertarungan akhir filem Bruce Lee, Enter the Dragon yang membentuk sebuah bilik penuh dengan permukaan reflektif yang mengelirukan dan boneka pakaian menyeramkan.
Permainan menembak VR zombie – terdapat di kawasan kem utama – menjadi lebih menarik dengan membolehkan para pengunjung menjadi tentera Korea, mempertahan kawasan kuarantin Busan daripada segerombolan zombie, sama seperti yang dilihat pada babak akhir filem tersebut.
“Saya amat kagum dengan perincian dan butiran yang diberikan kepada Rumah Seram Train to Busan. Ini adalah hasilnya apabila Resorts World Genting berkerjasama dengan pemain industri yang terbaik dan terhebat,”
“Ia satu perjalanan yang cukup menarik, melihat bagaimana pengalaman ini berkembang hanya daripada satu konsep menjadi gambaran cerita sehinggalah ke Rumah Seram sebenar.
“Kami amat gembira untuk membuka pintu dan menjemput anda menjadi sebahagian daripada filem ini. Rumah Seram Train to Busan memenuhi semua kriteria yang kami ingin capai di Resorts World Genting – ia unik, ia canggih, dan ia mempamerkan bagiamana kami menggunakan teknologi realiti maya untuk mencapai yang terbaik dalam bidang hiburan.
“Kami juga melihat ia satu peluang untuk mempromosi Korea Selatan itu sendiri, dan bekerjasama dengan jenama untuk membawa nilai sejati Seoul dalam pengalaman itu.
Saya percaya kami berjaya mencapai matlamat untuk membuatkan para pengunjung rasa takut.
Dan saya berjanji bahawa ia hanya satu permulaan yang hebat kerana kami berhasrat untuk mencipta lebih banyak pengalaman pada tahun-tahun mendatang.”
– Roger Ong, Penolong Naib Presiden Acara dan Hiburan Resorts World Genting.
Rumah Seram Train To Busan akan menerima penumpang bermula 31 Oktober 2019 hingga 1 Januari 2020. Dibuka bermula pukul 12 tengah hari hingga 10 malam pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad antara 1 November hingga 1 Disember 2019 dan setiap hari bermula 2 Disember 2019 hingga 1 Januari 2020.
Kawasan Streets of Seoul pula akan beroperasi bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam pada tempoh yang sama. Tiket Rumah Seram berharga RM90 (RM80 untuk ahli Kelab Ganjaran Genting). Terdapat juga pakej kombo Rumah Seram sekali masuk bersama Pas Previu Skytropolis pada harga RM128.
Buat pengunjung yang ingin memotong barisan, boleh berbuat demikian dengan membeli Pas Ekspres berharga RM30.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.rwgenting.com atau hubungi +603 2718 1118. Untuk pemegang kad ahli BIG AirAsia, sila layari airasia.com untuk pembelian tiket.