Menurutnya, pendekatan itu diambil demi kebaikan mereka bersama. Aishah sebelum ini pernah bertunang dengan Syafie pada 7 April lalu namun ikatan itu putus pada pertengahan bulan Julai lepas.
“Sebelum ini ada produser yang nak satukan saya dengan dia dalam satu naskhah drama, tetapi saya elakkan untuk kebaikan kami bersama.
“Untuk masa sekarang memang saya tidak akan berlakon bersama dengan dia. Namun untuk masa akan datang, kita tak tahu, hati manusia boleh berubah,”
– Aishah Azman
Dia berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri Suri Katriana yang berlangsung di Great Eastern Mall, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Drama terbaharu lakonanya itu akan mula ditayangkan di Astro Prima (105) dan Prima HD (121) pada 30 Oktober ini, setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 6 petang.
Aishah turut menjelaskan, keluarga tidak pernah menghalangnya untuk bercinta semula, cuma dia sendiri mengambil pendekatan ingin memberikan fokus terlebih dahulu terhadap kerjaya seni yang semakin meningkat naik.
“Saya anggap 2019 ini tahun yang cukup indah sebab banyak memberi pengajaran dalam hidup saya serta banyak memberi memori pahit dan manis.
“Buat masa ini, saya ingin berehat daripada bercinta dulu, saya beri masa dalam empat tahun lagi kalau nak jalinkan hubungan istimewa sebab saya masih muda lagi, banyak benda lagi saya nak capai dalam industri. Dugaan sebelum ini telah mematangkan saya dalam menjalani kehidupan.
“Keluarga tak larang untuk saya kembali bercinta, mereka kata nak bercinta boleh tapi kena kenal betul-betul pasangan kita. Kena sentiasa berhati-hati dan berwaspada,”
– Aishah Azman
Aishah turut menyatakan dia tidak serik sekiranya dipertemukan jodoh dengan orang dalam satu industri kerana itu perkara itu adalah aturan daripada Yang Maha Esa.
Sumber: KopiPlanet.com