Menerusi karya arahan Shanjhey Kumar Perumal yang pernah meraih kemenangan sebagai Filem Terbaik Malaysia dalam Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM28), siaran filem ini pada 27 Oktober ini, pukul 9.30 malam menerusi saluran TV2.
Mengangkat cerita tentang bagaimana seorang budak yang kekurangan kasih sayang dan keliru mencari identiti dan idolanya. Ia juga menceritakan tentang bagaimana kebaikan berperang dengan kejahatan. Filem ini memaparkan kisah pekerja ladang yang dipaksa berpindah ke setinggan pada tahun 1991, dengan mengetengahkan persoalan kemiskinan dan masalah sosial dalam kalangan golongan miskin.
Menampilkan pelakon Harvin Raj, Jibrail Rajhula, Tinesh Sathi Krishnan, dan Kuben Mahadevan, plot cerita filem ini menyelongkar kisah masyarakat miskin yang kurang kasih sayang dalam mendidik anak-anak yang ramai di kalangan kita faham tapi seringkali diabaikan dan kurang di ambil endah.
Penyampaian plot jalan ceritanya digerakkan menerusi watak budak lelaki berusia 12 tahun yang agak pendiam tetapi nakal iaitu Appoy. Ia berkisarkan tentang hubungan dengan ayahnya, Maniam dan bapa saudaranya, Bala seorang bekas penagih dadah. Seorang lagi bapa saudaranya dikenali sebagai Dorai (Mexico) seorang gangster tempatan.
Appoy digambarkan seorang kanak-kanak lelaki yang kreatif dan suka bermain tetapi perwatakkannya lebih kepada sisi ‘nakal’. Ibunya, suri rumah yang tidak berapa memainkan peranan aktif dalam hidupnya.
Maniam mengharapkan Appoy membesar menjadi lelaki baik yang berjaya dalam hidup. Namun sebaliknya bagi Appoy yang sudah ‘terbiasa’ membesar dan melihat dunia menerusi ‘sisi jahat’ bapa saudaranya. Dalam diam dia menyimpan hasrat menjadi gangster. Namun apakah pengakhirannya? Ikuti kesudahannya di TV2.