Berita baik untuk peminat filem terbitan Disney! Selepas filem Maleficent pada tahun 2014, Disney sekali lagi bakal menyajikan satu lagi filem yang dinantikan oleh ramai peminat filem iaitu ‘Disney’s Maleficent: Mistress of Evil ‘.
Ia memperlihatkan sekali lagi pelakon hebat Angelina Jolie melakonkan watak utama dalam filem yang pernah meraih kutipan memberangsangkan iaitu $758 juta di seluruh dunia.
Dalam filem ini penonton akan bertanya-tanya apakah Maleficent cukup baik untuk menjadi ibu Aurora? Anda perlu tonton untuk mengetahui pengakhiran kisah kali ini.
Filem ini adalah lanjutan cerita tentang bagaimana Maleficent membalas dendam sambil menghadapi rasa cinta dan kehilangan. Meskipun dia yang mengutuk Aurora, dia juga yang datang untuk merawatnya dari waktu ke waktu.
Info & Sinopsis Filem Disney’s Maleficent: Mistress of Evil
Sekuel ini, yang berlatarbelakangkan lima tahun selepas situasi dalam “Maleficent” (2014), menerokai hubungan rumit di antara pari-pari bertanduk Maleficent dan Puteri Aurora, yang telah menerima lamaran Putera Phillip dan bakal menjadi permaisuri.
Walau bagaimanapun, mereka tidak menyedari bahawa ibu putera itu, Permaisuri Ingrith, merancang untuk mempergunakan perkahwinan mereka bagi memisahkan pari-pari dan manusia selama-lamanya.
Peperangan yang bakal berlaku itu meletakkan Maleficent dan Puteri Aurora pada pihak bertentangan, menimbulkan persoalan kepada mereka berdua mengenai ikatan keluarga mereka yang rumit.
Disney’s Maleficent: Mistress of Evil diarahkan oleh Joachim Rønning dan dibintangi oleh pelakon yang sangat hebat dan terkenal seperti Angelina Jolie, Elle Fanning, Michelle Pfeiffer, Chiwetel Ejiofor, Sam Riley, Harris Dickinson, Ed Skrein, Imelda Staunton, Juno Temple, Lesley Manville dan ramai lagi.
Disney’s Maleficent: Mistress of Evil ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 17 Oktober 2019.
Peraduan Menang Premium Edisi Terhad Disney’s Maleficent: Mistress of Evil
Sensasi Selebriti dengan kerjasama The Walt Disney Company ingin menghadiahkan barangan Premium Edisi Terhad untuk Budieyators dan pembaca setia Budiey.com.
Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #MaleficentMistressofEvil
Apa yang korang perlu buat ialah:
1. ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey
Sila klik butang LIKE entri ini, share di Facebook milik anda, jika anda mahu menang hadiah barangan Premium Edisi Terhad ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/budieydotcom
2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.
3. Jawab soalan mudah ini:
- Apakah yang mungkin berlaku berdasarkan kejadian di minit 1:20 dalam trailer filem ini: https://youtu.be/AxF42ESVQGo
- Namakan watak baik dalam filem Disney’s Maleficent: Mistress of Evil .
2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:
Slogan: Saya mahu menang peraduan Disney’s Maleficent: Mistress of Evil kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)
Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Instagram:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:
Hantarkan jawapan anda kepada:
dengan tajuk email: Peraduan Menonton Filem Disney’s Maleficent: Mistress of Evil
Tarikh tutup peraduan:
30 Oktober 2019
Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.
Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?
Terima kasih kepada The Walt Disney Company dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.
Jangan lupa untuk menonton filem yang cukup menarik ini mulai 17 Oktober 2019.
Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.