in

Queer Eye For The Straight Guy Season 3 @ 8TV

Jika anda di antara jejaka-jejaka di Malaysia yang menginginkan perubahan serta pembaharuan dalam gaya hidup masing-masing kepada sesuatu yang lebih menarik, 8TV ada berita baik dengan membawakan anda kembali program realiti Queer Eye for the Straight Guy untuk musim ketiganya.

Rancangan yang akan disiarkan di 8TV pada setiap hari Ahad, pada jam 11.45 malam bermula pada 6 Januari 2008 ini dijayakan oleh Ted Allan, Kyan Douglas, Thom Felicia, Carson Kressley dan Jai Rodriguez atau lebih dikenali sebagai ‘The Fab Five’ akan berkongsi pengetahuan dan kepakaran masing-masing dengan para penonton dalam bidang fesyen, makanan dan minuman, seni dan kebudayaan serta cara mentatarias diri.

“Rancangan realiti yang kami siarkan ini adalah di antara rancangan yang ditonton ramai di Amerika Syarikat dan telah dijadikan panduan oleh lelaki yang ingin mengubah cara hidup mereka yang sedia ada kepada cara hidup yang lebih baik lagi. ‘The Fab Five’ itu sendiri menonjolkan persona yang begitu menarik skali dan panduan-panduan yang diberikan adalah amat mudah untuk diikuti. Program ini telah menerima sambutan yang begitu menggalakkan dari penoton warga Malaysia sejak ia mula disiarkan pada tahun 2005,” ujar Pengurus Besar Pengurusan Penjenamaan Kumpulan di 8TV, Cik Airin Zainul.

Queer Eye for the Straight Guy ialah sebuah rancangan realiti Amerika Syarikat yang dinobatkan anugerah Emmy dan dicipta oleh penerbit eksekutif David Collins dan David Metzler.

Program ini berlandaskan kepada teori tentang kepintaran dan keistimewaan lelaki gay dalam bidang fesyen, peragaan, perhiasan diri, rekaan dalaman serta seni dan kebudayaan.

Dalam setiap episod, sekumpulan lelaki atau lebih dikenali sebagai ‘The Fab Five’ akan memberi imej baru dari segi pakaian, mengubah suai dekorasi kediaman, memberi nasihat tentang imej diri, cara hidup dan makanan kepada para peserta mingguan.

‘Fab Five’ terdiri daripada:
Kyan Douglas, seorang pakar perunding imej yang berpengalaman dalam bidang kecantikan diri, kulit rambut serta kesihatan. Pada tahun 2004, Kyan telah menjadi duta lelaki pertama produk kecantikan jenama L’Oreal Paris untuk wanita dan lelaki. Kyan juga turut tersenarai dalam ‘50 Most Beautiful People’ oleh People Magazine dan personalitinya tersenarai di dalam beberapa majalah antarabangsa seperti Allure ,Glamour, Vanity Fair dan banyak lagi. Beliau juga telah menulis sebuah buku yang ditujukan khas kepada semua wanita dalam hidupnya yang berjudul: “Beautified: Secrets for Women to look great and Feel Fabulous’.

Thom Filicia, seorang pakar pereka dalaman menjayakan program ini sebagai perunding dan juga pakar dalam bidang ini. Beliau pernah menerima anugerah Emmy untuk ‘Outstanding Art Direction for a variety or Music Program’. Melalui pembabitannya dalam Queer Eye for the Straight Guy, Thom semakin dikenali ramai dalam industri rekaan dalaman. Beliau juga telah mendirikan sebuah syarikat rekaan dalaman di New York City, Thom Filicia Inc (TFI).

Jai Rodriguez, pakar seni dan kebudayaan dilahirkan di Long Island, New York. Bakat Jai telah diasah sejak di bangku sekolah lagi dengan menyertai Teater Komuniti sehinggalah mengadakan persembahan di gereja. Semasa di sekolah, Jai juga telah menggunakan waktu rehat untuk berlatih persembahannya ssolo pertamanya yang berjudul ‘J.J: Live at Lunch’. Bakatnya semakin terserlah apabila beliau mengambil ijazah dalam bidang teater muzikal dan membuat persembahan di BOCES Cultural Arts Center di Long Island. Sebagai pakar seni dan kebudayaan untuk rancangan Queer Eye for the Straight Guy, Jai menggunakan kemahiran yang ada padanya untuk melatih para peserta dalam aspek sosial dan teknik-teknik tarian.

Carson Kressley, seorang pakar fesyen. Carson Kressley telah memulakan kariernya sebagai perunding imej dan pernah bekerjasama dengan Polo Ralph Lauren di New York. Beliau juga seorang penulis yang tersenarai dalam New York Times list untuk panduan buku Queer Eye for the Straight Guy. Kecenderungan beliau dalam bidang fesyen telah menjadikan Carson salah seorang bintang yang terserlah dalam rancangan ini.

Akhir sekali, anggota ‘The Fab Five’ yang terakhir dianggotai oleh Ted Allen, seorang pakar makanan dan minuman. Berasal dari Chicago, beliau pernah menjadi salah seorang pengarang tamu tamu untuk majalah Esquire dalam ruangan ‘Things a Man Should Know’, yang menjadi panduan kepada kaum lelaki tentang makanan. Sebelum menyertai Esquire, Ted merupakan pengarang senior dan pengkritik restoran untuk Chicago Magazine. Beliau pernah menemubual selebriti seperti Mario Batali, Martha Steward, Paul Bocuse dan banyak lagi selebriti popular tentang hidangan makanan yang disediakan.

Jangan lupa untuk menyaksikan rancangan Queer Eye for the Straight Guy pada setiap hari Ahad, jam 11.45 malam, bermula pada 6 Januari 2008 di 8TV atau secara alternatif di saluran 708, Astro.

[tags]Queer Eye For The Straight Guy Season 3, Jai Rodriguez, Carson Kressley, Thom Filicia, profile Kyan Douglas, new york gay, lesbian overcome, boces, long island, loreal paris, emmy awards, secret beauty, straight, biseksual, heteroseksual, fabulous, gay boy kl, chicago, film review rendition, vanity fair[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Prelude Kemuncak AIM15 di Planet Hollywood & NTV7

Sekitar Majlis Pra Tonton Filem Kala Malam Bulan Mengambang