in , ,

Pereka Fesyen Rizman Ruzaini Sah Jadi Suami Kepada Nurida Suraya

Majlis akad nikah diadakan di ruang acara Glasshouse Seputeh, Kuala Lumpur pada pagi Jumaat dan dihadiri oleh teman-teman rapat dan rakan selebriti. Rizman menyerahkan mas kahwin RM300 dan sebentuk cincin, namun jumlah wang hantaran dirahsiakan.

rizman-kahwin-(1)_1
Rizman gagal menahan sebak sebaik sahaja sah bergelar suami kepada Nurida*

Pengantin lelaki turut menyerahkan lima dulang hantaran yang antaranya terdiri daripada seutas rantai dan sepasang anting-anting berjenama Chopard, senaskah Al-Quran dan sirih junjung.

RIZMAN KAHWIN

Nurida kemudiannya membalas tujuh dulang hantaran yang terdiri daripada manisan, sirih junjung, sejadah, sepasang jam tangan, hiasan kristal dan dua lagi barangan lain.

Rakan perniagaan Rizman, iaitu Ruzaini turut hadir dan bertindak sebagai saksi ketika akad nikah berlangsung.

rizman-kahwin

Antara rakan selebriti yang hadir pada majlis tersebut ialah sahabat baik Rizman dan Ruzaini, pelakon Nur Fazura, Erra Fazira, penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami serta pereka fesyen Hatta Dolmat.

Detik indah ini sempat dikongsikan menerusi sebuah gambar yang dimuatnaik Siti Nurhaliza yang hadir pada majlis istimewa itu.

RIZMAN KAHWIN

“Alhamdulilah. Tahniah buat sahabatku Rizman dan Nurida Suraya,” tulisnya.

Selain Siti Nurhaliza, beberapa artis popular yang juga rakan baik pasangan pangantin turut menyerikan majlis, antaranya Erra Fazira, Ziana Zain, Fattah Amin dan isteri Fazura, Nazim Othman dan Alvin Chong.

Rizman Nikah
Majlis pernikahan Rizman Ruzaini diserikan dengan kehadiran ahli keluarga dan sahabat terdekat.

Pasangan raja sehari ini bagai pinang dibelah dua dengan mengayakan persalinan berwarna putih. 

Majlis resepsi di sebelah pengantin perempuan bakal berlangsung pada malam ini manakala resepsi kedua (sebelah pengantin lelaki) akan diadakan di Pulau Pinang, Ahad ini.

Sementara itu, resepsi ketiga pula akan diadakan di Hotel St. Regis, Kuala Lumpur pada Ahad, 22 September.

Rizman dan isteri memilih untuk berbulan madu sebaik sahaja selesai majlis resepsi ketiga nanti.

Pasangan sama cantik sama padan ini mengikat tali pertunangan pada 6 Jun lalu selepas satu tahun mengenali hati budi masing-masing.

Rizman Nikah

Air Mata Gugur Bila Ternampak Wajah Arwah Ibu – Rizman

“Hati saya tersentuh sebaik sahaja melihat ramai saudara-mara, tak kira jauh mahupun dekat, sanggup datang semata-mata untuk melihat saya bernikah. Walaupun dalam keadaan kesihatan kurang mengizinkan, mereka tetap muncul.

“Saya juga gagal menahan air mata apabila ternampak kelibat wajah arwah ibu yang tersenyum memandang saya, sebaik sahaja selesai mengerjakan solat sunat,”

– Rizman Nordin

Rizman berkata demikian kepada BH Online ketika diminta berkongsi perasaannya yang kelihatan begitu sebak sebaik sahaja selesai acara akad nikah, pagi tadi.

Rizman selamat dinikahkan dengan ahli perniagaan, Nurida Suraya, 30, dalam majlis yang diadakan di Seputeh, di sini.

Menurut pemilik jenama Rizman Ruzaini itu, bayangan wajah ibu tercinta, yang meninggal dunia 15 tahun lalu, di depan mata membuatkan dirinya tidak mampu menahan sebak.

Rizman turut meluahkan kesyukuran apabila impian menamatkan zaman bujang ketika usia mencecah angka 35 dimakbulkan Tuhan.

“Memang sejak dahulu saya menyimpan hasrat untuk berkahwin pada usia 35 tahun.

Jadi, saya amat bersyukur apabila Tuhan memakbulkan doa saya.

Moga mahligai kami bina ini kekal hingga ke akhir hayat,”

– Rizman Nordin

Pada majlis itu, Rizman menyerahkan mas kahwin RM300 dan sebentuk cincin, namun jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Sementara itu, penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza, turut mendoakan kebahagiaan dan keharmonian rumah tangga pasangan berkenaan.

“Alhamdulillah, Siti bersyukur dan gembira dengan ikatan yang terbina.

Semoga kalian berdua dapat menerima pasangan masing-masing seadanya dan melayari rumah tangga dengan penuh keimanan.

“Siti juga percaya, mereka mampu menggalas tanggungjawab dengan baik kerana masing-masing sudah biasa hidup berdikari.

Tak sabar nak tengok mereka menimang cahaya mata,”

– Datuk Seri Siti Nurhaliza

Selain Siti, rakan selebriti lain yang hadir pada majlis pernikahan mereka ialah Ziana Zain, Nur Fazura Dan Erra Fazira.

Rizman Nikah
Rizman Nikah
Rizman Nikah
Rizman Nikah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rumah Siti Khadijah Kupas Isu Remaja di Rumah Perlindungan Wanita

Viacom Partnership with Facebook