in ,

Muncul Semasa Fitting, Neelofa Terima Kejutan dari Tommy Hilfiger

Ramai sudah sedia maklum New York Fashion Week sudah bermula sekitat awal minggu lepas dan ramai selebriti tempatan turut hadir memeriahkan acara, menonton pertunjukan fesyen mewah di sana.

Tidak terkecuali sudah tentu Neelofa sendiri yang dijemput khas menyaksikan pementasan fesyen jenama-jenama unggul seperti Tory Burch, Longchamp dan Tommy Hilfiger.

Namun yang menarik perhatian semasa ‘fitting’ dalam mencuba busana Tommy Hilfiger, Neelofa dikejutkan dengan kehadiran ‘the man himself’, Tommy Hilfiger yang tiba-tiba muncul.

Neelofa

Saat pertama kali bertemu, Tommy Hilfiger turut memuji Neelofa, “You look great!”

“Ketika sesi fitting, beliau tiba-tiba muncul dan memberi komen-komen positif kepada busana yang saya cuba. Beliau sangat baik.

Saya berasa sangat merendah diri dan berbesar hati apabila beliau mempelawa saya untuk bergambar bersama,”

– Neelofa
Neelofa

Untungnya Neelofa kan! Selain Neelofa, pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya juga berada di sana untuk menyaksikan Minggu Fesyen New York.

Neelofa

Sumber: IG TV @Neelofa & Glam

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert dimsum THAI POP 2019 Pertama di Malaysia

Sufian Suhaimi Ambil Anak Angkat Bernama Faeq Razeeq