in , ,

Andi Bernadee Nafi Besar Kepala

Rezeki tidak pernah salah alamat. Ungkapan tersebut sesuai bagi menggambarkan prestasi kerjaya penyanyi Andi Bernadee, 28, sejak dua tahun kebelakangan ini.

Biarpun percubaannya dalam program realiti sekadar sempat bertapak pada minggu kedua namun pemilik nama sebenar Andi Azrul Andi Mapangile itu bijak menggunakan platform tersebut untuk memajukan diri.

Kini, apabila sudah berjaya membuktikan kredibiliti sebagai seorang penyanyi, lelaki berusia 28 tahun itu dituduh mula besar kepala dan meletak harga dalam soal bayaran.

Tidak mudah gelabah dengan tuduhan sebegitu, pelantun lagu Donde ditemui pada majlis pengumuman hos Anugerah Bintang Popular (ABP) ke-32 baru-baru ini mengakui ada menolak beberapa tawaran tetapi bukan disebabkan faktor bayaran murah, tetapi kekangan masa yang padat.


KOSMO!: Adakah benar anda menolak tawaran kerana tidak berpuas hati dengan jumlah bayaran yang diusulkan?

ANDI: Tidak, saya menolak tawaran bukan disebabkan jumlah bayaran, namun selepas mempertimbangkan banyak aspek seperti masa, lokasi dan kepadatan jadual. Tawaran tersebut bukan ditolak secara bulat-bulat.


Apakah yang cuba anda maksudkan dengan kenyataan sebegitu?

Kalau saya tidak boleh memenuhi sesuatu undangan, saya akan berikan atau panjangkan kepada rakan-rakan lain yang berminat. Kebiasaannya, saya akan cadangkan kepada penganjur nama rakan penyanyi lain supaya mereka tidak pulang tangan kosong.


Mengapakah anda memilih untuk menawarkan undangan yang diterima kepada orang lain?

Rasanya, dalam rezeki yang saya peroleh, pasti ada rezeki orang lain. Saya tidak mahu tamak kerana orang yang tamak selalu rugi. Memang boleh kalau saya mahu simpan tawaran untuk diri sendiri tetapi saya lebih gembira jika lihat kawan-kawan lain turut memperoleh manfaat daripada kejayaan yang saya alami sekarang.

Menyentuh tentang populariti anda yang sedang melonjak, apa penjelasan anda apabila ada yang menganggap anda lebih berjaya berbanding mana-mana finalis Big Stage tahun lalu?

Jujurnya, saya hanya boleh jawab ini semua rezeki. Ketika tersingkir pada minggu kedua Big Stage, syarikat rakaman Warner Music sudah mahu ta

Jujurnya, saya hanya boleh jawab ini semua rezeki. Ketika tersingkir pada minggu kedua Big Stage,syarikat rakaman Warner Music sudah mahu tamatkan kontrak kepada saya. Namun, saya merayu agar kontrak itu disambung dan terhasil single Satu Peluang yang tidak dijangka melonjakkan nama Andi Bernadee.


Anda boleh dikatakan pencetus irama reggaeton dalam industri muzik tempatan, apakah pendirian anda jika pendekatan sebegitu ditiru oleh artis lain pada masa hadapan?

Silakan! kerana saya tidak pernah mengatakan reggaeton itu hak saya. Saya suka jika ada yang mahu buat lagu seperti itu supaya setiap penyanyi boleh bersaing secara sihat 


Apakah perkembangan terkini karier anda?

Tidak lama lagi saya akan tampil dengan single duet bersama Ismail Izzani. Lagu berkenaan agak menarik memandangkan saya dan Ismail punya genre muzik kami berbeza. Jadi, untuk membikin sebuah lagu yang sesuai untuk kami memang memerlukan melodi yang unik.

Sumber: Kosmo!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Setelah Ditahan Mamat Exists Kini Bebas Dengan Jaminan Polis

Genting Hong Kong Commences Construction of Dream Cruises’ Second Global Class ship at MV WERFTEN