in ,

Aliff Aziz Didakwa Di Mahkamah Atas Tuduhan Mencuri

Apa dah jadi?

Penyanyi dan pelakon yang berasal dari Singapura, Aliff Aziz telah didakwa di mahkamah di Singapura pada pagi tadi. Dipetik daripada portal Berita Harian Singapura, bekas suami kepada Bella Astillah itu menghadapi dua tuduhan mencuri.

Menurut kertas pertuduhan, dia didakwa mencuri wang sebanyak $300 (RM909) dan 1,000,000 rupiah (RM296) milik seorang individu bernama Raja Yunika Perdhana Putri.

Kejadian itu didakwa berlaku dalam sebuah kamar di Studio M Hotel di 3 Nanson Road antara 12 dengan 3 pagi pada 7 Jun lalu.

Aliff, yang nama sebenarnya ialah Mohamad Aliff Aziz, turut menghadapi tuduhan mencuri sepaket rokok dan pemetik api bernilai $15.60 (RM47.29) secara keseluruhan milik seorang individu bernama Gurwinder Singh S/O Harwindar Singh di kafe Starbucks di Plaza Singapura.

Kejadian itu didakwa berlaku sekitar 4.45 pagi pada 6 Ogos 2018.

Aliff, 28 tahun, hadir di mahkamah pagi tadi bersama seorang teman. Kesnya dijangka didengar lagi di mahkamah pada 1 Oktober.

Dia dibebaskan dengan ikat jamin $5,000 (RM15,000).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Judika Bersama MPO Menampilkan Jaclyn Victor di DFP

Tentang Filem THE SPIRIT OF RAMAYANA, Kisah Penari Yang Dihantui