Persoalan siapakah yang bakal muncul juara sulung kejohanan eRacing Grand Prix SEA Kuala Lumpur telah terjawab apabila Mior Muhammad Hafiz menepati ramalan berjaya mendominasi perlumbaan akhir yang berlangsung di 3 Damansara Shopping Mall semalam.
Tanpa berdepan masalah, Mior Muhammad Hafiz, 31 membuktikan bahawa dia adalah raja litar maya perlumbaan eRacing Grand Prix SEA Mior mengungguli carta keseluruhan pemandu apabila berjaya mengumpul seberapa banyak mata meninggalkan 11 pesaing yang lain.
Dalam saingan yang melibatkan 7 perlumbaan itu, seramai 15 peserta berentap pada hari Sabtu manakala hanya 12 peserta sahaja beraksi pada Ahad dengan menyaksikan para peserta berlumba di pelbagai litar antarabangsa seperti Circuit De Barcelona, Autodromo De Interlagos, Autopolis dan Fuji International Circuit.
Sebaik sahaja tamat perlumbaan ketujuh, Mior Muhammad Hafiz dinobatkan selaku juara dengan berjaya mengumpul sebanyak 195 mata sambil diikuti oleh Muhamad Uzair dan Amir Haziq masing-masing di tempat kedua dan ketiga dengan kutipan 170 dan 122 mata.
Mengulas mengenai persembahannya, Hafiz berkata, “Sejujurnya saya tidak menyasarkan untuk menjadi juara. Tetapi, saya telah banyak mengadakan latihan sejak pusingan separuh akhir yang lalu. Malah, saya juga kerap bermain permainan ini bersama dengan rakan-rakan untuk membolehkan saya mendapatkan rentak pemanduan yang baik menjelang pusingan akhir ini.”
“Saya juga berterima kasih kepada Alex Yoong kerana banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya dan juga para peserta yang lain mengenai pengendalian jentera ketika berlumba di atas litar,” kata Hafiz.
Dengan tujuan mentransformasikan pelumba alam maya menjadi jagoan di litar sebenar, eRacing Grand Prix yang telah diperkenalkan di Hong Kong tahun lalu turut mendapat sambutan yang positif di Malaysia atas hasil usaha bekas pelumba Formula 1 negara dan pengasas Axle Motorsport, Alex Yoong yang membawa kejohanan ini ke tanah air.
Alex mengucapkan syabas kepada para peserta yang telah berjaya mempamerkan kualiti pemanduan yang mantap sepanjang dua hari peringkat akhir berlangsung.
“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas kepada para peserta yang telah memberikan persembahan yang terbaik untuk peringkat akhir ini. Mereka berjaya menterjemahkan apa yang telah diajar oleh jurulatih mereka dan saya amat berbangga dengan pencapaian para peserta,” tambah Alex.
“Saya berharap agar para peserta yang telah menyertai pertandingan ini untuk tidak berhenti di sini sahaja kerana mereka mempunyai potensi besar untuk menjadi jaguh di litar sebenar mahupun di litar maya.”
Terdapat lima anugerah turut diperkenalkan di dalam peringkat akhir ini seperti Best Racecraft, Most Fastest Laps, Most Pole Positions, Most Promising Junior Driver dan Most Promising Driver.
Juara keseluruhan eRacing Grand Prix SEA membawa pulang wang tunai berjumlah RM5,000 berserta telefon bimbit RAZER dan baucar bernilai RM100 dari JD Sport sementara tempat kedua dan ketiga turut menerima hadiah sumbangan daripada RAZER dan JD Sport serta wang tunai masing-masing bernilai RM4,000 dan RM3,000.
Turut hadir di pusingan akhir eRacing Grand Prix SEA ialah Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Steven Sim Chee Keong dan Presiden Majlis Olimpik Malaysia Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.
MAE e-wallet oleh Maybank selaku penaja utama untuk edisi sulung ini turut bersama-sama dengan rakan penaja yang lain seperti Umobile, JD Sports, Thrustmaster, Spritzer, Playstation, Whitebox Simulators, Royal Selangor dan Razer.
Untuk maklumat lanjut berkenaan eRacing Grand Prix SEA, sila layari laman Facebook rasmi di https//www.facebook.com/ergpseaatau laman web https://ergpsea.com/.
About Axle Motorsport:
Founded in 2008, Axle Motorsport (Axle) is the brainchild of Malaysia’s premier Formula 1 racing driver Alex Yoong. Embodying Alex’s drive and passion for the sport, Axle provides progressive avenues to the motorsports industry. It consists of key management team and staff that have developed a full range of expertise in managing and operating manufacturers and private motorsport programmes, and the development of motor sports series locally and regionally.
As the global dimension of this sports platform becomes increasingly prominent, Axle prides itself in growing leaps and bounds in the decade since its inception