SEKALI lafaz akad nikah menyatukan pasangan pelakon, Ardell Aryana, 28, dengan Nadzmi Adhwa di Seri Kembangan, petang tadi.
Majlis pernikahan berlangsung di kediaman keluarga Ardell atau nama penuhnya Nurul Hidayah Mohd Amin, di sini.
Dihadiri kira kira 500 orang tetamu dan sanak saudara terdekat, pasangan ini dinikahkan oleh Imam Masjid al Mutaqqin Seri Kembangan, Ustaz Hafiza Hafiz.
Pengantin lelaki membawa mas kahwin RM300. Masing masing bertukar dua bekas dulang hantaran.
Tiada wang hantaran Nadzmi Adhwa Nor Adzmi memberikan hantaran tak ternilai iaitu senaskah Al Quran sebagai simbolik penyatuan ikatan hubungan mereka.
“Alhamdulillah saya sudah khatam Al Quran yang diberikan Ardell. Dia menyerahkannya sewaktu bertandang ke rumah keluarga saya di Wangsa Melawati sebelum ini.
“Ketika itu suami datang bersama keluarganya. Perjumpaan itu umpama majlis merisik sesama kami dan keluarga.
“Tiada majlis pertunangan sebaliknya diadakan majlis khatam Al Quran dianjurkan pada 30 Ogos lalu.
“Selain khatam, saya turut memahami tafsir serta maksudnya sebelum Al Quran diserahkan pada isteri di hari pernikahan kami,”
– Nadzmi Adhwa
Kata Nadzmi, mereka berkawan baik lapan tahun lalu. Bagaimanapun empat tahun lalu selepas sama sama bergandingan menerusi drama Namaku Bedah (2015), hubungan baik jadi istimewa.
“Kami selesa dianggap bersahabat waktu itu. Kalau ada jodoh … adalah.
“Selama ini pun ramai yang mendoakan jodoh kami. Akhirnya hari ini termakbul dan dipermudahkan , terima kasih doa peminat serta pengikut di Instagram,”
Nadzmi Adhwa
LUAR BIASA
Nadzmi juga menyifatkan isterinya itu sebagai sangat istimewa.
“Bagi saya dia istimewa dan luar biasa di hati, Saya belajar banyak benda dengannya. Daripada dia tak bertudung, hinggalah sekarang kami kongsi banyak benda dan masalah. Dulu kami juga kongsi minat sama bermain bola sepak dan futsal.
“Cara dia menunaikan tanggungjawab dengan menyara keluarga juga membuatkan saya kagum dengannya. Dia memang kerja kuat untuk memberi kesenangan kepada keluarganya.
“Malah keserasian kami mencetus idea untuk menjalankan perniagaan bersama menerusi tudung Alwadellhijab,”
– Nadzmi Adhwa
Nadzmi yang pernah muncul dengan single Wanitaku.
BULAN MADU
Dalam pada itu, pasangan berkenaan belum merancang destinasi bulan madu dan majlis resepsi juga belum ditetapkan tarikh. Manakala majlis resepsi dijadualkan beberapa bulan lagi.
“Selepas nikah, dia (Ardell) akan terbabit dengan misi kemanusiaannya di Syria. Saya pula akan muncul dengan filem Anak Perjanjian Syaitan tak lama lagi. Jadi faktor masa cukup membataskan apa yang kami perlu fikir pada hal mendatang.
“Bagaimanapun kalau dipermudahkan, kami tak tolak rezeki timang anak cepat. Begitu juga soal berbulan madu dan hasrat kami mahu menunaikan umrah bersama. Majlis resepsi pula beberapa bulan lagi. Insyaa Allah,”
“Kami rancang ajak ibu Ardell dan kedua dua ibu bapa mengerjakan umrah sama pun kami,”
– Nadzmi Adhwa
Nadzmi yang juga sedang menanti tayangan filem Safari Mall dan Busut Bonang.