Majlis Sony Music Malaysia yang diadakan di Hotel Maya baru-baru ini dihadiri oleh artis-artis seperti Amy mastura, Rahim Maarof, Man Bai, The Potters, The 5. Daniell Lee, Dennis Lau, Estranged, Arill Idola Kecil, Disagree, Aliff Satar, Alif Aziz dan Arrora Salwa. Pelbagai genre muzik dipersembahkan dan rata terhibur ditambah lagi semua seronok dengan hadiah cabutan bertuah.
Majlis ini juga diadakan untuk mengumumkan perkembangan terbaru dalam memajukan industri muzik tanahair di mana Sony Music Malaysia telah menubuhkan bahagian baru iaitu pengurusan artis, pengurusan konsert serta penjenamaan artis dan produk. Dengan adanya pengurusan yang lebih sempurna ini Sony Music Malaysia memberi keutamaan sepenuhnya terhadap artis dan produk.