Sememangnya perkara tersebut adalah benar apabila Angelina sendiri menghantar Maddox di Universiti Yonsei, Seoul apabila anaknya itu mengambil jurusan Biokimia. Ternyata kemunculan pelakon itu ke universiti berkenaan lantas menjadi perhatian umum, apatah lagi Angelina tampil dengan gaya dengan cukup ringkas.
Pada masa sama, Angelina juga kelihatan cukup bangga melihat anak angkatnya yang berasal dari Kemboja itu sudah bergelar seorang mahasiswa.
“Saya pulang hari ini, hari di mana saya menghantarkannya ke kampus ini. Ya, saya tahu saya berusaha untuk tidak menangis,” ucapnya kepada pekerja, pensyarah dan mahasiswa di sana.
Dengan mata yang berkaca, ucapan pelakon tersebut membuat orang-orang di sekelilingnya turut berasa terharu.
Sumber: KopiPlanet.com