in , ,

“Saya Dah ‘Move On’, Netizen Yang Tak ‘Move On'” – Rita Rudaini

Walaupun sudah hampir enam tahun bercerai dengan pemain bola sepak kebangsaan Aidil Zafuan, pelakon Rita Rudaini masih lagi ‘bingung’ dengan tingkah laku segelintir netizen yang kerap kali mengaitkan dirinya dengan bekas suaminya itu sehingga sekarang.

Menurut Rita, dia sudah ‘move on’ dengan kehidupannya dan hanya ingin membesarkan kedua-dua anak lelakinya dengan baik dan sempurna walaupun tanpa kehadiran seorang bapa di sisi mereka. 

All Stars Buka Panggung

“Saya tak pernah pun berkongsi mengenai bekas suami di mana-mana laman sosial, kisah antara kami sudah pun berlalu sejak enam tahun lalu. Saya dah move on tapi netizen yang tak move on lagi sebenarnya. 

“Bila saya kongsikan pasal anak, netizen tetap akan kaitkan dengan Aidil. Ibaratnya, macam saya dan Aidil tidak dapat dipisahkan, siapa yang tak move on ni sebenarnya?

Bukan salah saya bila jadi macam ini. Tak seronoklah sebab dia pun dah ada kehidupan dia sendiri sekarang,”

– Rita Rudaini

Rita berkata demikian kepada media ketika ditemui pada majlis sidang media program terbaharu Astro, All Stars Buka Panggung yang berlangsung di The Starling Mall, Damansara Utama baru-baru ini. 

Menurut pelakon kelahiran Perlis ini, walaupun sering kali dikaitkan dengan bekas suaminya itu menerusi ruangan komen daripada netizen, dia mengambil pendekatan tidak akan menutup ruang komen atau ‘block’ mana-mana pengikut di laman sosial miliknya. 

“Saya ambil pendekatan tidak akan padam komen atau ‘block’ mana-mana pengikut, biarlah kalau mereka nak berkelahi atau bergaduh. Yang penting bukan saya yang seru nama Aidil.

Nanti lama-lama netizen kita ini akan senyap sendiri,”

– – Rita Rudaini

Rita mendirikan rumah tangga dengan Aidil di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 dan disahkan bercerai pada 5 September 2013. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Airit Rayyan Rizqin, 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7.

Sumber: KopiPlanet.com

All Stars Buka Panggung

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jom #MakanMakanMalaysia bersama Grab pada Hari Malaysia

Nina Iskandar Hamil Anak Sulung