in

Senarai Pelakon Popular Jayakan All Stars Buka Panggung

‘All Stars Buka Panggung’ cabar bakat lakonan dan melawak serta uji skil improvisasi pelakon popular tanah air!

Datuk Aaron Aziz, Datuk Rosyam Nor, Datin Seri Umie Aida, Datin Diana Danielle, Rita Rudaini, Fizo Omar, Fauzi Nawawi dan Zulhuzaimy di antara nama-nama besar sahut cabaran di pentas utama program terbaharu terbitan Astro Warna 

Astro Warna dengan berbesar hati melancarkan program ‘All Stars Buka Panggung’ yang merupakan sebuah pertandingan stagecom (komedi pentas) berkonsepkan realiti yang menampilkan nama-nama besar industri lakonan tempatan yang dicabar untuk mencuba nasib dalam seni komedi improv. 

All Stars Buka Panggung

Bermula 6 September 2019 ini, ‘All Stars Buka Panggung’ bakal menyerikan saluran Astro Warna (CH132) dan Astro Warna HD (CH124) secara langsung dari Royal Theatre, Shah Alam, pada setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam. Untuk pilihan alternatif, ia boleh distrim secara langsung menerusi platform digital Astro GOdan ‘On Demand’. 

Keunikan program ini terletak pada formatnya di mana ia menguji dan mencabar pelakon terhebat tanah air untuk beraksi dalam babak komedi pentas yang penuh dengan elemen kejutan.  

All Stars Buka Panggung

Ini adalah kerana para peserta tidak akan diberikan sebarang pembayang mengenai situasi dan set sketsa di sebalik tirai tetapi mereka hanya akan mengetahui situasi tersebut di saat tirai dibuka dan apabila mereka melangkah masuk ke dalam set sketsa di pentas ‘All Stars Buka Panggung’.

Dalam erti kata lain, tanpa sebarang skrip disediakan, peserta perlu mengadaptasi kepada situasi yang ditugaskan dan membuat improvisasi dialog mereka sendiri sambil berlakon.

All Stars Buka Panggung

Menggalas tugas hos adalah Ajak dan Shahrul dari kumpulan Shiro yang pernah meraih takhta juara bagi program ‘Raja Lawak Musim Ke-6’ pada tahun 2012 dan ‘Maharaja Lawak Mega’ pada tahun 2018.

Mereka dipilih atas kebolehan mereka membuat jenaka secara bersahaja dan ‘natural’, selari dengan konsep ‘All Stars Buka Panggung’.

Bersandarkan kepada tagline‘Katakan Tidak Kepada Skrip!’, penjurian bagi program ini adalah 100 peratus dari penonton yang boleh mengundi secara dalam talian. Audiens di dewan dan di rumah boleh mengundi dengan melayari www.gempak.com/allstarsbukapanggung. Menarik lagi, setiap pengundi hanya diberikan10 undian sahajapada setiap minggu.

All Stars Buka Panggung

Untuk 5 minggu berturut-turut, barisan pelakon hebat ini akan berentap sesama mereka untuk merebut gelaran Juara Mingguan yang akan menerima sebuah trofisebagai ganjaran. Juara Mingguan ini kemudiannya akan kembali di minggu keenam, iaitu minggu separuh akhir di mana mereka diperlukan untuk berentap sekali lagi demi memastikan kedudukan mereka di pentas akhir. Hanya 4 orang pesertasahaja bakal beraksi di pusingan kemuncak bagi merebut gelaran juara seterusnya membawa pulang wang tunai sebanyak RM 50,000 dan sebuah trofi!

All Stars Buka Panggung


Norzeha Mohd Salleh, Pengurus Saluran Astro Warna, Prima dan InTrend
berkata:

“Bagi mengukuhkan kedudukan Astro Warna sebagai satu-satunya saluran komedi utama di negara ini, kami cukup optimis dalam memperkenalkan kandungan komedi pelbagai format bertujuan untuk memberi lebih pilihan dan pengalaman menonton yang mempersonakan buat pelanggan kami. 

Berbeza dengan pertandingan komedi yang pernah diterbitkan sebelum ini, kami bawakan pula format baharu menerusi program ‘All Stars Buka Panggung’ yang membawa kelainan tersendiri apabila buat julung kalinya bakal menyaksikan pertembungan sengit barisan pelakon popular tanah air yang akan memperlihatkan bakat terpendam mereka dalam bidang komedi dan lawak jenaka.

Jika sebelum ini, penonton Astro Warna biasa disajikan dengan persembahan ‘stagecom’ (komedi pentas) bersahaja, tanpa skrip dan improvisasi oleh pelawak-pelawak tanah air dan hanya sebahagian pelakon sahaja yang pernah diundang sebagai ‘cameo’ atau jemputan, contohnya seperti program ‘Sepahtu Reunion’. Kali ini pula, elemen ini diangkat menjadi sebuah pertandingan yang mencabar selebriti yang bukan terdiri dari kalangan pelawak.

Bukan mudah untuk berlakon, apatah lagi untuk membuat lawak secara improv, tanpa bersandarkan skrip rujukan. Untuk menguasai kedua-dua cabang seni ini (berlakon & berlawak), ia memerlukan ilmu dan penghayatan luar biasa. Menerusi penganjuran program ini, kami ingin mencari titik keseimbangan untuk melahirkan penggiat seni yang versatil seterusnya merangka struktur kandungan komedi yang berkualiti dan padat dengan mesej bermakna.

Semoga dengan penerbitan pertandingan ini, jurang industri lakonan dan komedi dapat dirapatkan sekaligus mampu mentakrifkan semula definisi kepelbagaian bakat seseorang pelakon mahupun pelawak serba-boleh.”

Norzeha Mohd Salleh
All Stars Buka Panggung
TRIVIA BAGI PROGRAM ‘ALL STARS BUKA PANGGUNG’
  • Penerbitan ‘All Stars Buka Panggung’ turut disokong oleh Oppo, syarikat elektronik dan komunikasi mudah alih yang tampil selaku penaja.
  • Manakala portal Zon Lawakdi bawahGempakturut menghulurkan sokongan selaku Rakan Digitalserta Gegarsebagai Rakan Radio Rasmi.
  • Program ini juga mendapat sentuhan barisan pemuzik berpengalaman tanah air yang diketuai oleh RodyKristalselaku Pengarah Muzik.
  • Format utama program ini adalah untuk menguji kehebatan lakonan dan lawak serta skil improvisasi barisan pelakon tanahair. Kerana pada setiap minggu, dalam setiap set skesta ‘All Stars Buka Panggung’, barisan pelakon tetap akan bersedia disebalik tirai untuk memulakan sketsa yang menguji tahap kehebatan improv dan adlib(persembahan spontan) para peserta. 
  • Antara contoh situasi, set sketsadan watak yang akan diberikan kepada peserta adalah seperti suasanadi tanah perkuburan, angkasa lepas, padang pasir, mahkamah dan banyak lagi. 
  • Menarik lagi pada setiap minggu, peserta dikehendaki menyediakan satu lagu pilihan mereka untuk diselitkan dalam persembahan sketsa. Namun begitu, lagu tersebut akan dimainkan secara rawak pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang klu pada peserta, dan sekali lagi mereka diuji untuk menyesuaikan situasi sketsa dengan lagu tersebut.
  • Pada setiap persembahan akan terselit beberapa pelakon undanganatau‘All Legends’yang turut terdiri daripada barisan selebriti popular tanah air sebagai ‘plot twister’di set sketsa tersebut! Identiti mereka akan dirahsiakan sehingga tirai set sketsa itu dibuka. Nantikan kemunculan mereka!
  • Juga pada setiap minggu, ‘All Stars Buka Panggung’ menerusi Juara Mingguan akan menyalurkan sumbangan sebanyak RM 4,000kepada pelakon tanah air yang telah berbakti kepada industri seni tanah air, tetapi kini memerlukan bantuan, dengan kerjasama Persatuan Seniman Negara.
  • Program ini akan dipancarkan secara langsung dari Royal Theatre, Shah Alamuntuk 7 mingguberturut-turut dan bersiaran selama 90 minit.
  • Selain itu, program komedi variasi ‘All Stars Buka Panggung Extra Pecah!’ akan disiarkan mulai 13 September, jam 10.35 malamuntuk 7 mingguberturut-turut, yang akan menampilkan peserta All-Stars beraksi dengan permainan yang pasti menggeletek hati penonton.
  • Terdapat juga kapsul istimewa ‘Cuit-Cuit All Stars Buka Panggung’bakal bersiaran mulai 4 September, setiap Rabu hingga Jumaatpada 12 tengah hari. Kapsul ini berkonsepkan komedi variasi yang mempunyai beberapa segmen menyeronokkan seperti alih suara, jawab soalan pantas and cepumas, berlakon menggunakan prop, tiru gaya artis, dan banyak lagi.
‘ALL STARS’ MINGGUAN DI ‘ALL STARS BUKA PANGGUNG’
‘ALL STARS’
MINGGU PERTAMA
Datuk Aaron Aziz Datin Seri Umie Aida Naim DanielLiyana Jasmay
‘ALL STARS’
MINGGU KEDUA
Datuk Rosyam Nor Datin Diana Danielle Fizo Omar Farahdhiya
‘ALL STARS’MINGGU KETIGAFahrin Ahmad Zulhuzaimy Sharifah Sakinah Sweet Qismina
‘ALL STARS’MINGGU KEEMPATDatuk Fizz Fairuz Johan As’ari Rita Rudaini Ruhainies
‘ALL STARS’MINGGU KELIMAFauzi Nawawi Izzue Islam Noorkhiriah Mona Allen
HADIAH KEMENANGAN

Tempat Pertama: RM 50,000 dan trofi 

Tempat Kedua: RM 25,000 dan trofi

Tempat Ketiga: RM 10,000 dan trofi

Tempat Keempat: RM 5,000 dan trofi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Temubual Eksklusif Bersama Pelakon The Longest Day in Chang’an

Tiket Konsert Inspirasi Afgan Live di Kuala Lumpur 2019 Laris