“Penciplakan Perkara Yang Memalukan. Kita tidak dapat menerima penciplakan dalam industri muzik kita, ianya cukup memalukan. Ianya sama macam kita di universiti dan menyuruh orang lain membuat tesis kita. Ini memang tidak boleh dan memalukan. “ – Aziz Bakar
Itulah komen Encik Aziz Bakar sebagai pengerusi AIM ketika ditanyakan mengenai kes-kes penciplakan karya muzik yang dilakukan oleh pengiat seni di sini.
Beliau ditanya ketika sidang media untuk Prelude Kemuncak Anugerah Industri Muzik 15 di Planet Hollywood yang diadakan di 27 Disember 2007. Pihak Indonesia dikatakan marah apabila mendakwa lagu Aspalela nyanyian Saiful APek yang dihasilkan oleh KRU Music untuk filem terbaru mereka iaitu Duyung, dikatakan diciplak dari lagu kanak-kanak Indonesia iaitu Abang Tukang Bakso dan Bintang Kejora.
[tags]ciplak, aim15, elyana album baru, prelude anugerah industri muzik, planet hollywood, aspalela, saiful apek, duyung, filem cicakman yusry[/tags]