in ,

Lima Penginapan Yang Unik di New Zealand

Senarai penginapan di bawah ini pastinya berguna untuk dijadikan panduan buat anda yang ingin melancong di New Zealand.

New Zealand yang sememangnya terkenal dengan keunikan hospitaliti mereka, atau manaakitanga, memiliki reputasi sebagai tuan rumah yang paling ramah dan mesra di dunia. Tidak kira dari mana asal usul anda, anda tentu akan disambut dengan cara yang luar biasa setibanya anda di New Zealand.

Antara salah satu tarikan di New Zealand adalah tempat penginapannya yang unik. Bagi para pelancong yang suka mendekati alam semula jadi, mereka boleh memilih untuk menginap di ladang zaitun di Sungai Waiohine atau kotej mewah di ladang Alpaka.

Bagi mereka pula yang ingin mengenali budaya tempatan, mereka boleh memilih kediaman penulis terkemuka, Jane Tolerton. 

Ini adalah antara rumah-rumah penginapan yang wajib disinggah bagi mereka yang ingin merasa pengalaman dan mengenali budaya warga New Zealand!

Kowhai Suite

B&B Booklovers Khas Buat Pencinta Buku

Wartawan dan penulis terkenal, Jane Tolerton merupakan tuan rumah ‘Bed & Breakfast’, Booklovers B&B di Wellington. Jane Tolerton telah menerima gelaran ‘B&B Lady’ dalam repertoirnya sejak tahun 1999, dan juga pernah menerbitkan beberapa buku seperti “Covent Girls” dan “Sixties Chicks”.

Terletak di bandar Wellington, kediaman beliau telah menjadi perhatian para pengunjung yang ingin berbual-bual dengan penulis terkemuka ini sambil menikmati sarapan pagi yang dimasak oleh beliau. Para pengunjung juga boleh mengunjungi Muzium Te Papa dan Teater Circa, atau merasai pengalaman berjalan di laluan Lord of the Rings di sebelahnya.

Ini pastinya pengalaman yang berbaloi. 

Booklovers (Front view)

Tinggal Bersama Alpaka di Penginapan Ladang Alpaka Silverstream

Para pelawat yang menyukai alam semula jadi pasti akan menemui apa yang dinanti-nantikan di Penginapan Ladang Alapaka Silverstream di Utara Canterbury.

Penginapan Ladang Alpaka Silverstream merupakan tempat persinggahan yang ideal buat mereka yang mahukan sebuah penginapan unik. Antara tarikan di Ladang Alpaka Silverstream adalah binatang alpaka yang dipelihara oleh Kit dan Cheryl. Mereka memiliki 200 ekor alpaka yang berkeliaran di ladang tersebut. Ini merupakan peluang untuk mendekati binatang ini. 

Selain itu, ladang ini juga terkenal dengan penginapan ladang mewah yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan moden.

Terletak 10 minit daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Christchurch dan 30 minit daripada Daerah Pusat Perniagaan, Penginapan Ladang Alpaka Silverstream adalah pilihan tepat bagi mereka yang mahu menerokai bandar.

Sun loungers

Rumah Penginapan di Wairarapa

Terletak bersebelahan dengan Sungai Waiohine, rumah penginapan nan indahini memberi ketenangan dari keriuhan bandar Greytown dan Carterton yang berdekatan.

Lokasinya yang strategik menjadi pilihan kepada mereka yang gemar membeli-belah dan menikmati makanan tempatan.

Bukan itu sahaja, tuan rumah juga menyajikan sarapan kontinental setiap pagi untuk para tetamu dan menyediakan basikal bagi mereka yang ingin menerokai keunikan tempat ini.

Lamannya yang besar juga amat sesuai untuk aktiviti-aktiviti seperti kriket, bola sepak atau kroket.

Para tetamu juga diberi peluang untuk membuat pizza mereka tersendiri atau menikmati hidangan tiga jenis sajian yang ringkas.

Christmas dinner 2013 under the Totara Trees

Kenali alam semula jadi di Pondok Abel Tasman

Pondok Abel Tasman terletak berdekatan dengan Taman Negara Abel Tasman. Ia mempunyai pelbagai chalet persendirian yang luas serta dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan sebuah rumah.

Ini menjadikannya pilihan penginapan yang tepat untuk pelancong yang mengidamkan percutian bertemakan alam semula jadi.

Abel Tasman menawarkan pelbagai jenis aktiviti seperti kayak, lawatan eko, menunggang kuda serta menerokai air terjun. Aktiviti-aktiviti ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

Bandar yang berdekatan, Mapua dan Moutere juga memberi peluang kepada pengunjung untuk mendalami budaya masyarakat tempatan di pelbagai restoran dan kedai.

Hospitaliti yang tiada tandingannya, tuan rumah, Jocelyn dan Scott Hendry sentiasa bersedia untuk menjawab sebarang pertanyaan atau menerima cadangan tambahan oleh pengunjung.

Maka tidak hairanlahpondok itu telah menjadi pilihan nombor satu di New Zealand bagi kategori ‘Small Hotel’ oleh TripAdvisor.

Silverstream Alpaca Farmstay --- New Zealand --- 05/10/2018

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tiket Konsert Exists Reunion Habis Terjual dalam Tempoh 48 Jam

Azar Azmi Pernah Terima Bayaran Berlakon Serendah RM50