in

RTM Sajikan Program Menarik Sepanjang Ramadan 1432H

RTM SAJIKAN 53 PROGRAM MENARIK SEPANJANG RAMADHAN 1432H DI TV1 DAN TV2

Sebagai menghargai nilai kemerdekaan disamping mensyukuri ketibaan bulan Ramadhan yang mulia dan penuh berkat, Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkongsi sambutan Bulan Kemerdekaan dan Ramadhan sepanjang Ogos ini bersama penonton-penonton setianya dengan menjanjikan variasi 53 program khas bertemakan sambutan bulan Ramadan.

Menampilkan tagline, 1Kenikmatan Sejuta Pengertian yang membawa pengerian kenikmatan yang dimiliki telah membolehkan kita menyambut Ramadhan dan Merdeka dalam suasana aman dan makmur. Ia memberi sejuta pengertian dimana sebahagian dari sejuta pengertian itu dikongsi bersama menerusi program-program terbaik di RTM.

Justeru sepanjang Ramadhan ini sebanyak 42 program menarik dijanjikan menemui penonton setia Saluran Informasi, TV1 manakala 11 program lagi disiarkan menerusi saluran Dunia Ria, TV2 yang merangkumi variasi kategori dan genre seperti drama, telemovie, program kanak-kanak, majalah dan dokumentari yang menyelitkan nilai-nilai murni memenuhi bulan padat dengan pengisian ibadah ini.

42 program khas TV1 melibatkan drama, forum dan dokumentari termasuklah dua telemovie bersiri menarik iaitu drama kekeluargaan 28 episod, Nur Fansuri (7 Ogos hingga 8 September 2010, jam 11.31 malam) dan Angin Rindu Sarajevo yang mengisahkan pencarian cinta suci Sufiah di Bosnia sepanjang 25 episod siarannya (4 Ogos hingga 7 September 2010, jam 9.30 malam).

Slot-slot drama popular di TV1 sepanjang Ogos ini turut tidak ketinggalan menjanjikan telemovie menarik berunsur nasihat dan keagamaan seperti :-
1. Slot Nurani (setiap Jumaat, jam 10.05 pagi)
• Ceritera Tentang Lelaki (6 Ogos 2010)
• Jalan Ke Madinah (13 Ogos 2010)
• Iman Vs Syaitan (20 Ogos 2010)
• Utusan Ke Jannah (27 Ogos 2010)
• Tarikh Kematian (3 September 2010)

2. Slot Panggung 1 (setiap Sabtu, jam 03.05 petang)
• Melankolia (7 Ogos 2010)
• Bengang (14 Ogos 2010)
• Lupakan Semalam (21 Ogos 2010)
• Bunga Rampai Musim Tengkujuh (4 September 2010)

3. Slot Panggung Seri (setiap Sabtu, jam 09.00 malam)
• Menyintaimu (14 Ogos 2010)
• Pesona Rindu (21 Ogos 2010)
• Azan (28 Ogos 2010)
• Masihkah Ada Sinar (4 September 2010)

4. Slot Panggung Ahad (setiap Ahad, jam 10.05 pagi)
• Apa Dah Jadi (1 Ogos 2010)
• Aku Budak Kampung (8 Ogos 2010)
• Maung Cinta Si Pengembala Kerbau (15 Ogos 2010)
• Rendang Madu (22 Ogos 2010)
• Sembang Mambang (29 Ogos 2010)
• Umami Ramadan (5 September 2010)

Tahun ini juga menyaksikan TV1 berkongsi program penuh bermanfaat Syahadah musim ke-6 yang membawa penonton menjelajah ke lokasi yang telah dipilih termasuklah Malaysia (Terengganu, Kedah dan Melaka), Indonesia (Sumatera dan Kepulauan Jawa), China (Wilayah Yunan), India (Kerala [malabar] dan Gujerat) dan Kemboja yang disiarkan mulai 11 Ogos 2010, setiap hari, jam 6.30 petang.

Begitu juga program yang memiliki pengikutnya sendiri iaitu Ketuk-Ketuk Ramadan Sheila Rusly mulai 10 Ogos 2010, setiap hari, jam 12.31 tengah hari yang mengundang artis antaranya Ann Ngasri, Faizal Ismail, Rebecca Nur Islam dan Zila Bakarin.

Selain itu, TV1 turut menyiarkan majalah dan dokumentari menarik yang bermaklumat seperti Inspirasi Raya / Ilham Lebaran, lima episod (mulai 6 Ogos 2010, setiap Jumaat, jam 10.05 pagi), Ramadan Bersama Naida (mulai 14 Ogos 2010, setiap Sabtu, jam 11.05 malam), Sihat Ramadan (mulai 18 Ogos 2010, setiap Rabu, jam 10.30 pagi), Deko Bajet Raya (mulai 7 Ogos 2010, setiap Sabtu, jam 10.05 pagi), Nostalgia Ramadan (setiap Isnin – Jumaat, jam 4.10 petang) selain dua program animasi khas, The Noble Biography of A Prophet (mulai 1 Ogos 2010, setiap Jumaat hingga Ahad, jam 9.31 pagi) dan Ramadan Mat Jo (mulai 9 Ogos 2010, Isnin – Khamis, jam 9.30 pagi).

TV2 turut menjanjikan 11 program bertemakan Ramadan yang sesuai menjadi tontonan seisi keluarga. Malah baik drama, majalah mahupun program kanak-kanak yang disiarkan penuh pengajaran dan teladan dalam mengharungi pelbagai dugaan semasa bulan Ramadan.

Telemovie terbitan Unit Drama TV RTM bertajuk Cermin Dua Muka disiarkan pada 4 September 2010, jam 10.00 pagi antara yang mampu menarik perhatian penonton mengetengahkan kisah amanah pewaris harta pusaka yang menjadi plot utama drama menyayat hati ini.

Malah pengikut setia slot Citra sepanjang bulan ini dijanjikan empat telemovie menarik yang membariskan drama-drama seperti :-
Slot Citra (setiap Jumaat, jam 10.00 malam)
• Panas (6 Ogos 2010)
• 4 Hari 3 Malam (13 Ogos 2010)
• Midah Kuih Bangkit (27 Ogos 2010)
• Syawal Terindah (3 September 2010)

Sementara itu drama-drama bersiri juga tidak ketinggalan menjadi pilihan untuk dikongsi sama dengan penonton apatahlagi watak-watak dijayakan oleh pelakon-pelakon terkenal tanahair dengan plot cerita yang penuh pengajaran. Drama-drama rantaian yang bakal disiarkan adalah Nurul Iman (mulai 11 Ogos 2010, setiap Isnin hingga Khamis, jam 1.30 petang), Izinkan Abang Pergi (mulai 11 Ogos 2010, setiap Isnin hingga Khamis, jam 2.30 petang) dan Jalan Menuju Hidayah (setiap Isnin hingga Khamis, jam 3.00 petang).

Lain-lain program menarik adalah merangkumi program Syahadah musim ke-6 (mulai 12 Ogos 2010, setiap Isnin hingga Khamis, jam 4.00 petang), Gaya Pesona Lebaran (mulai 11 Ogos 2010, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 pagi juga animasi kanak-kanak bertajuk Ibn Batutta (mulai 8 Ogos 2010, setiap Ahad, jam 9.00 pagi).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Anak Sulung Sari Yanti Barr Al Aliy

Sekitar Rakaman Selamat Pagi Malaysia Edisi Ramadan