Ekspedisi yang diketuai mereka ini akan memulakan perjalanan sekitar jam 10 pagi dari Sri Pentas, Bandar Utama menuju ke Port Dickson. Selain bertujuan untuk memupuk semangat kemerdekaan di antara penyampai Hot FM dan pendengar, ekspedisi ini mendapat kerjasama penuh daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cawangan Putrajaya untuk mengajak pengguna jalan raya untuk mematuhi keselamatan jalan raya serta spesifikasi kenderaan yang betul.
Hadir sama pada pelepasan GPH Merdeka Ride 2019 adalah Penolong Pegawai Penguatkuasa KP38, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, Encik Norazman Bin Nordin dan Ketua Pegawai Eksekutif Ripple, Encik Seelan Paul. Destinasi pertama persinggahan GPH Merdeka Ride 2019 adalah RNR Seremban sebelum menuju ke King’s Char Kuey Teow, Port Dickson dan dijangka akan bertolak pulang ke Sri Pentas selepas makan tengah hari.
Keseluruhan perjalanan GPH Merdeka Ride 2019 kali ini menyaksikan perjalanan pergi dan pulang melebihi 200 kilometer, yang melibatkan 80 peserta, diiringi oleh 10 buah motosikal dari Unit Peronda Bermotosikal dan 2 buah kenderaan pacuan empat roda peronda dari JPJ Putrajaya.
Sepanjang perjalanan, Geng Pagi Hot juga akan mengadakan pelbagai aktiviti bersama peserta ekspedisi, termasuklah beramah mesra bersama pendengar setia Hot FM di lokasi-lokasi persinggahan, selain cabutan bertuah dan sesi bergambar.
Untuk informasi lanjut, sila layari laman web rasmi www.hotfm.com.my serta laman sosial media rasmi stesen Hot FM di Youtube : Hot TV / Instagram / Twitter : @hotfm976 / Facebook : Hot FM / Whatsapp: 017-302 8822