in ,

Peraduan Menyanyi di TikTok & Menangi Sesi Rakaman Penuh di Studio

Warner Music Malaysia menjalinkan kerjasama dengan TikTok dalam usaha menyediakan platform kepada bakat nyanyian di Malaysia untuk mempamerkan anugerah kurniaan Tuhan.

Warner Music Malaysia, sebuah anak syarikat Warner Music Group, salah sebuah syarikat rakaman terkemuka di dunia telah menjalinkan kerjasama dengan TikTok bagi melancarkan cabaran #ilovesinging. Cabaran ini bertujuan untuk mencungkil bakat terpendam dalam bidang nyanyian dengan memberi tumpuan kepada suara asli atau versi saduran tersendiri daripada pengguna TikTok.

Cabaran #ilovesinging menyaksikan suara-suara terbaik di Malaysia beradu bakat bagi merebut peluang menjalani sesi rakaman studio sehari penuh yang ditaja oleh syarikat rakaman, Faithful Music.

#ilovesinging-1891-2674-poster2

Bermula dari 10 Ogos sehingga 18 Ogos, pengguna TikTok di Malaysia dijemput untuk menyertai cabaran #ilovesinging dengan memuat naik video mereka mempersembahkan lagu kegemaran mereka dari artis yang mereka minati, dengan gaya dan cara tersendiri.

Pengguna TikTok juga boleh memilih untuk memainkan instrumen, menyanyikan secara acapella, menyampaikan dalam bentuk rap dan banyak lagi, asalkan ianya dilakukan menggunakan suara asli mereka.

Seorang pemenang bertuah bakal memenangi peluang seumur hidup untuk menikmati pengalaman “Sehari Sebagai Penyanyi”, menerusi sesi rakaman studio eksklusif yang ditaja oleh Faithful Music.

Cabaran ini memberi tumpuan kepada memberi tumpuan kepada suara asli atau versi saduran tersendiri daripada pengguna TikTok.

“Kekuatan TikTok adalah berdasarkan fakta bahawa kami merupakan sebuah platform global yang memperjuangkan ekspresi positif dan tulen.

Menerusi platform ini, pencipta yang mempunyai citarasa dan minat yang sama dihubungkan dan diberikan kuasa untuk mempamerkan nyala rasa dan daya kreativiti mereka, dan dalam hal ini, bakat nyanyian mereka.

Warner Music Malaysia sudah bertapak lebih 40 tahun di Malaysia dan telah menerbitkan album untuk artis-artis terkenal seperti Jamal Abdillah, Azlina Aziz dan Khadijah Ibrahim.

TikTok amat teruja untuk bekerjasama dengan salah satu daripada syarikat rakaman terkemuka dalam industri muzik bagi melancarkan cabaran #ilovesinging, sambil kami secara berterusan membolehkan setiap orang menjadi pencipta dan memberi inspirasi kepada pengguna untuk berkongsi nyala rasa dan ekspresi kreatif mereka melalui video,”

– Cheah Sheau Mei, Pengurus Operasi Pengguna dan Kandungan, Malaysia.

Bagi memulakan cabaran #ilovesinging, ramai artis tempatan telah pun memuat naik video mereka sendiri untuk memberi inspirasi kepada orang lain bagi melakukan perkara yang sama:-

  1. Faizal Tahir – https://www.tiktok.com/@faizal_tahir/video/6723086086/01528833
  2. Layla Sania – https://www.tiktok.com/@laylasania02/video/6719819351463087361
  3. Amir Masdi – https://www.tiktok.com/@amir. masdi/video/6720176719623458050
  4. Sissy Imann –https://www.tiktok.com/@sissyimann/video/6720056848680094977
  5. Masya Masyitah –https://www.tiktok.com/@masya_legend/video/6723101540590128385

Tentang Tiktok

TikTok adalah destinasi yang terkemuka di dunia untuk video mudah alih pendek. Misi kami adalah untuk merakam dan mempersembahkan kreativiti, pengetahuan, dan detik penting dunia, secara langsung dari telefon bimbit. TikTok membolehkan sesiapa sahaja untuk menjadi pencipta dan menggalakkan pengguna untuk berkongsi nyala rasa dan ekspresi kreatif mereka melalui video mereka. TikTok berpusat di Los Angeles, dengan pejabat global di London, Tokyo, Seoul, Shanghai, Beijing, Singapura, Jakarta, Mumbai, dan Moscow. Pada awal tahun 2018, TikTok merupakan salah satu aplikasi yang paling banyak dimuat turun di dunia. TikTok boleh didapati di seluruh dunia dari platform IOS dan Android. Lawati tiktok.com.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yang Anda Perlu Tahu Tentang Filem DENDAM PONTIANAK

Gandingan Tiz Zaqyah & Aqasha Dalam Adaptasi Novel MIMPI YANG SEMPURNA