Hai semua pembaca setia…. buat korang semua kaki wayang sekalian, Budiey.com dengan kerjasama TGV Pictures akan menganjurkan sebuah tayangan Premiere With Budiey mengajak anda semua untuk menonton sebuah filem seram dari negara Indonesia yang berjudul DEATH WHISPER.
Sinopsis Filem DEATH WHISPER
Filem ini adalah sebuah remake Indonesia dari filem seram Korea ‘Whispering Corridors’ (1998). Ia mengisahkan tentang dua orang pelajar baru, Alex dan Maggie, di sebuah sekolah tinggi eksklusif. Malangnya, mereka dibuli oleh pelajar lain, terutamanya Andre, Erika dan Fahri yang suka membuli Alex. Apabila trio itu memaksa Alex untuk melakukan ritual, kesilapan berlaku menyebabkan satu roh jahat mula mengganas di sekolah itu.
Filem ini akan berada di pawagam seluruh Malaysia mulai 22 Ogos 2019.
Ayuh! Tonton Trailer Dulu Sebelum Menonton di Pawagam
Budiey ada 60 pass untuk korang menonton filem yang padat dengan babak seram dan horror ini di TGV Cinemas 1 Utama pada 19 Ogos 2019 (Hari Isnin). Apa tunggu lagi, usah tunggu-tunggu lama lagi ya untuk mendapatkan tiket bagi menonton filem ini nanti.
Jika masih tertanya-tanya tentang filem ini, apa kata anda semua menonton trailer DEATH WHISPER yang telah ditayangkan di Youtube: https://youtu.be/DMrzdE66l2M
Apa pendapat anda dengan trailer ni? Menarik tak? Komen di ruangan kat bawah ni.
Untuk kalian yang menyukai filem ini, tunggu apa lagi… sertai peraduan ini dan dapatkan tiket anda!
Peraduan Premiere With Budiey Menonton DEATH WHISPER
Sensasi Selebriti dengan kerjasama TGV Pictures ingin menghadiahkan 60 tiket untuk Budieyators dan pembaca setia Budiey.com menonton dan boleh menghadirkan diri di tayangan yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:
Tarikh:
19 Ogos 2019 (Hari Isnin)
Masa Pendaftaran:
8.00 malam
Tayangan Filem:
9.00 malam
Tempat:
TGV Cinemas 1 Utama
Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.
Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere DEATH WHISPER – Budiey.com. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?
Sila gunakan hashtag ini: #PremiereWithBudiey #deathwhisper
Apa yang korang perlu buat ialah:
1. ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey
Sila klik butang LIKE entri ini dan kongsikan di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/TGVPictures & www.facebook.com/budieydotcom
2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.
Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.
Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #deathwhisper kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)
Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.
Jawab soalan mudah ini:
1. Namakan seorang pelakon utama filem.
2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:
Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan DEATH WHISPER – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)
Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Instagram:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:
Hantarkan jawapan anda kepada:
dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Filem DEATH WHISPER
Tarikh tutup peraduan:
18 Ogos 2019
Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.
Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?
Terima kasih kepada TGV Pictures dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.
Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 22 Ogos 2019 di pawagam berdekatan anda.
Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/TGVPictures dan jangan lupa langgan atau subscribe Youtube Channel TGV Pictures: www.youtube.com/TGVCinemas
Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.