in

Gambar Siti Nurhaliza di Koleksi Kraftan Raya Rizman Ruzaini

Bertempat Restoran Istana Bambu, Ampang pada 5 Ogos lalu telah diadakan pertunjukan fesyen Eid ul-fitri Kraftan terbaru rekaan pereka fesyen muda terkemuka negara, Rizman Ruzaini.

Diperkenalkan juga rekaan kraftan yang eksklusif direka untuk Dato’ Siti Nurhaliza, penyanyi yang menjadi pujaan pereka fesyen ini sejak 3 tahun lalu. Kraftan ini mendapat inspirasi dari busana masyarakat Timur Tengah.

Fesyen Rekaan Kraftan dijual pada harga RM2,500 hingga RM3,500. Sebanyak 20 pasang kaftan edisi terhad yang mula dijual pada Khamis lalu sempena majlis perasmiannya di butik Rizman Ruzaini Creations. Majlis tersebut dirasmikan oleh Siti sendiri dan dihadiri oleh selebriti seperti Nur Fazura, Nurul, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya.

Tidak dinafikan oleh kedua pereka fesyen ini, Siti Nurhaliza banyak menaikkan nama mereka sehingga mereka menjadi popular. Ternyata, di peringkat permulaan memang agak susah. Apatah lagi, untuk meminta Siti menyarung baju rekaan mereka. Tapi, setelah Siti melihat Ziana Zain memakai pakaian kami, terus dia tertarik untuk mencuba.

Dalam beberapa event dalam 3 tahun kebelakangan ini, ternyata Siti rasa selesa dengan rekaan Rizman Ruzaini dan fesyen yang ditampilkan oleh Siti menjadi trendsetter. Terutama sekali, serkup atau hiasan kepada yang dipakai oleh Siti semakin menjadi ikutan dan Rizman Ruzaini mendapat tempahan dari peminat.

Menceritakan pengalaman semasa buat rekaan pertama untuk Siti masa Anugerah Era 2007, Rizman Ruzaini sanggup menumpang rumah orang untuk menyiapkan baju tersebut.

Rizman Ruzaini akan terbang ke Paris pada 2 hingga 11 Disember untuk menghadiri Minggu Fesyen Paris. Best tuuu…

Tahniah buat Rizman Ruzaini.

Gambar kredit: Fanpage Rizman Ruzaini.

SITI NURHALIZA

Siti Nurhaliza

SITI NURHALIZA

Siti Nurhaliza

SITI NURHALIZA

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

SITI NURHALIZA

SITI NURHALIZA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Mia Sara Comel Pakai Selendang

Joey, Noorkhiriah, Fauzi Nawawi dalam Drama Ejen 2 X 5