Pada jam 9 malam tadi, usahawan berjaya, Dato’ Sri Aliff Syukri Bin Kamarzaman telah melancarkan E-Book pertama beliau berjudul ZERO TO HERO di Menara Kuala Lumpur. Terlebih dahulu, Budiey nak ucapkan tahniah buat Dato Sri Aliff di atas kejayaan menerokai satu lagi dunia bisnes yang Budiey rasa e-book dan afilliate ni dah lama ada dalam dunia digital. Cuma kita ni nak ke tak nak je untuk usahakan perkara ini. Terima kasih kepada penganjur juga sebab sudi jemput Budiey.
E-book ini ditulis berdasarkan pengalaman dari Dato sendiri selama 12 tahun Dato dalam bisnes. Ada 8 teknik yang dikongsi dalam ebook ini dan ada 3 lagi teknik bonus. Apa yang paling penting adalah cara penyampaian juga sangat mudah iaitu beliau menggunakan bahasa percakapan seharian yang mudah difahami.
Untuk info pembaca, e-book ini menceritakan tentang kisah kejayaannya dari seorang individu yang hidupnya susah dan kini telah berjaya membina empayar bisnesnya sendiri.
Selepas pembelian dibuat, e-book ini akan dihantar dalam bentuk PDF file melalui email.
Terdapat 8 resepi kejayaannya yang telah dikongsikan dalam e-book ini:
- Teknik mencari big why yang powerful
- teknik mula bisnes dengan modal yang rendah
- teknik cara founder dari awal bisnes
- teknik cari ejen dengan pantas
- teknik berani terima kritikan
- teknik buang rasa malu
- teknik urus masa
- teknik sentiasa kekal positif dan aktif.
Tujuan pelancaran e-book ini adalah bertujuan untuk melantik ejen-ejen e-book. Bagi pelancaran e-book ini, penglibatan media, ejen jualan, influencer instagram amat dialu-alukan bagi mencanang pelancaran e-book ini.
Dato’ Sri Aliff Syukri berpendapat dengan adanya e-book ini dapat memberikan banyak faedah dan manfaat terutamanya kepada usahawan untuk berjaya, di mana e-book ini merupakan perantara bagi memberikan motivasi untuk mereka yang ingin menceburi bidang usahawan ini agar lebih berusaha dalam menghadapi cabaran dan rintangan demi kejayaan dunia akhirat.
Ini adalah ebook Pertama Dato. Selepas ini akan ada lagi ebook-ebook lain akan keluar. Sesiapa yang beli Ebook, anda ada potensi untuk dapat DOUBLE INCOME. Pertama, anda apply ilmu yang dato share dalam ebook, dah dapat income. Kemudian, anda join jadi ejen affiliate, dan promote ebook, anda akan dapat income lagi. Best kan?
AFFILIATE
– Affiliate adalah merujuk kepada Ejen Jualan Ebook.
– Komisen affiliate 50%. Komisen anda boleh dilihat terus melalui system.
– Ada cabaran affiliate selama sebulan
– Top 10 Affiliate akan dapat hadiah istimewa dari dato
– Tidak dibenarkan untuk beli melalui link affiliate sendiri.
– Komisen affiliate akan dibayar dalam masa 7 hari selepas cabaran affiliate tamat.
– Anda perlu beli ebook Zero to Hero terlebih dahulu untuk melayakkan anda join affiliate ini.
– Link pendaftaran affiliate diberikan melalui email selepas pembelian ebook berjaya.
HARGA EBOOK
Harga launching RM70 sahaja. Harga akan dinaikkan secara berperingkat RM80, RM90 dan RM100. Jualan hanya dibuka SEBULAN sahaja. Sehingga 31 Ogos 2019
CARA PEMBELIAN
– Melalui website www.zerotohero.my
ATAU
– Mana-mana pautan atau link affiliate yang terlibat sahaja.
– Selepas pembayaran berjaya anda akan dapat email Link Download secara automatic. Pastikan email yang anda masukkan itu betul.
TARGET JUALAN
– 15,000 unit dalam masa sebulan.
PESANAN
– Pembelian hanya melalui website sahaja. www.zerotohero.my
– Tak boleh sebarkan kepada orang lain secara percuma atau berbayar.
– Ejen jualan dibuka hanya melalui affiliate sahaja.
– Tak dibenarkan untuk jual sendiri dengan memberikan link download ebook sendiri.
– Jom bersama Dato untuk menyebarkan cara untuk dapat income baru secara online melalui penjualan ebook Dato dengan cara join Affiliate Ebook Zero To Hero.