PENYANYI Syafiq Farhain meluahkan perasaan terharu dengan sokongan yang diberikan penduduk negeri kelahirannya iaitu Terengganu terhadap lagu baharunya berjudul Pakat Maghi Ganu.
Syafiq atau nama sebenarnya Nursyafiq Farhain A.M. Salim, 25, lagu yang baharu sahaja dilancarkan itu mendapat pujian terutamanya daripada rakyat negeri tersebut.
“Saya juga terharu setiap karya nyanyian yang dikeluarkan pasti mendapat sambutan, tambah menarik single berjudul Pakat Maghi Ganu yang mempromosikan negeri Terengganu mendapat sokongan padu daripada rakyat negeri kelahiran sayan ini,”
– Syafiq
Dalam pada itu, berkongsi perkembangan terbaharunya, Syafiq berkata, filem pertama lakonannya berjudul Hero The Movie yang akan ditayangkan pada September depan.
Katanya, dia berasa teruja apabila kali pertama berlakon dan membawakan watak sebagai anggota bomba.
“Kalau ikutkan saya hanyalah seorang anggota bomba berpangkat biasa, namun dalam filem Hero The Movie saya memegang watak seorang pegawai kanan bomba. Merasa juga saya untuk memakai pangkat yang diidamkan setiap anggota bomba biarpun cuma dalam lakonan,”
– Syafiq
Sumber: Mstar