Acara bertemu peminat ‘Kim Jae Hwan Fan Meeting 2019’ yang dijadualkan bermula pada jam 6 petang ini di Stadium Malawati Shah Alam dibatalkan selepas pihak penganjur gagal mendapatkan kelulusan permit.
Kesiannya sebab segelintir peminat berasa sedih berikutan sudah mengeluarkan kos yang banyak untuk datang ke acara itu terutamanya peminat daripada Korea Selatan dan Thailand.
Tepat jam 6.30 petang tadi, para peminat masih dipaksa menunggu sambil beratur di hadapan pintu masuk Stadium Malawati Shah Alam.
Pegawai dan penganjur dilihat keluar dari stadium untuk pengumuman acara fan-meet pada hari ini terpaksa DIBATALKAN atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.
Menerusi satu kenyataan, penganjur MacpiePro memaklumkan perkara tersebut menerusi laman Twitter dan memohon maaf kepada peminat kerana membuat pengumuman saat terakhir.
It is with deep regret that we are informing that the 2019 KIM JAE HWAN FAN MEETING [MIN:D] IN KUALA LUMPUR has been cancelled as we have been notified that the concert permit application for this event has not been approved. We regret for this late notification as we were doing all that we could to procure the concert permit. However, our efforts were regrettably, unsuccessful. A full refund will be given to all fans. Our heartfelt apologies to all fans and the artist. The fans may contact us at [email protected] in order to process their refund.
“Kami ingin memaklumkan bahawa Fan Meeting Kim Jae Hwan 2019 [MIN:D] di Kuala Lumpur dibatalkan kerana permohonan permit konsert tidak diluluskan.
“Kami memohon maaf kerana hanya dapat membuat pengumuman ini pada saat terakhir. Kami telah cuba sedaya-upaya kami untuk mendapatkan permit tersebut.
“Bagaimanapun, usaha kami tidak berjaya,”
– MacpiePro
Bagaimanapun, penganjur berjanji akan mengembalikan wang tiket kepada semua pengunjung yang sudah membeli tiket.
“Sila hubungi kami di ‘[email protected]’ atau Whatsapp 011-31121222 bagi mendapatkan bayaran balik tersebut.
Rata-rata peminat WIN:D (nama fandom Jae Hwan) yang sudah berkumpul di Stadium Malawati Shah Alam menzahirkan kecewaan kerana telah berkampung di perkarangan stadium tersebut sejak jam 12 tengah hari.
Ada juga yang melemparkan kata-kata kesat menerusi posting video di laman Twitter dan meminta idola kesayangan mereka tampil untuk berjumpa mereka.
Ada juga peminat yang datang dari luar negara bagi menyaksikan penyanyi kegemaran mereka yang tidak dapat menahan kemarahan mereka kerana tidak berkesempatan bertemu dengang Jae Hwan.
Menurut salah seorang pengunjung yang sempat mendengar pengumuman itu, pihak penganjur katanya tidak berjaya mendapat kelulusan permit untuk menjayakan acara pada hari ini.
Dan disebabkan itulah, trak polis dilihat berada di sekitar stadium untuk menghentikan acara.
Namun apa yang pasti, peminat yang rata-rata merupakan ahli Win:D (kelab peminatnya) tidak berpuas hati dan tidak boleh bertoleransi dengan situasi ini.
“Saya datang jauh dari Pahang untuk menonton idola favourite dari grup Wanna One iaitu Kim Jae Hwan. Kalau terpaksa tunggu sehingga 8malam pun saya sanggup tunggu kerana sudah penat datang!”
“Sekurang-kurangnya jika mereka membawa Kim Jae Hwan ke luar stadium untuk sesi Hi Touch (give me five) pun okay. Ini kerana sesi tersebut telah dijanjikan kepada semua pemegang pas masuk.”
Apa yang peliknya, sesi rehearsal telah dilakukan. Malah Kim Jae Hwan pun telah bersedia di dalam stadium. Alih-alih tiada permit? Macamana boleh jadi macam ni ek?
Sementara itu, terdapat netizen yang mengimbau kembali pembatalan konsert kumpulan K-pop terkemuka TWICE pada tahun lalu yang juga dijadualkan berlangsung pada 27 Julai.
Walaupun kecewa dengan keadaan tersebut, terdapat peminat WIN:D yang memberikan kata-kata semangat kepada Jae Hwan dan tidak menyalahkannya atas pembatalan ‘fan meeting’ tersebut.
Fan Meeting Kim Jae Hwan 2019 merupakan sesi bertemu peminat antarabangsa yang diadakan buat julung kalinya sejak Jae Hwan bergerak solo.
Kim Jae Hwan yang juga dikenali sebagai Jaehwan dalam kalangan peminatnya di Korea Selatan kini bernaung di bawah syarikat pengurusan Swing Entertainment.
Populariti Kim Jae Hwan mula meningkat apabila dia meraih tempat keempat menerusi rancangan realiti survival akhir, ‘Produce 101 Season 2’ terbitan Mnet.
Sewaktu pembabitan Jaehwan dalam rancangan terbabit, penyanyi itu masih menganggotai Wanna One sehinggalah kumpulan itu dibubarkan pada 27 Januari lalu.
Sejak kumpulan Wanna One dibubarkan, Jaehwan mula fokus pada debut solonya dan menulis lirik lagu sendiri. Album solo sulung Jaehwan, ‘Another’ dilancarkan pada 20 Mei lalu.