Kisah perceraian Fizo Omar dengan Mawar Abdul Karim terus menjadi bualan netizen apabila ibu pelakon tersebut diheret sama kerana dikatakan menjadi punca perpisahan itu. Kesal dengan tuduhan itu, Hasnah Jidin, 59, sebaliknya berkata dia menentang keras keputusan Fizo dan Mawar untuk bercerai selain selalu menasihati mereka agar menyelesaikan masalah rumah tangga dengan baik.
“Ibu mana yang nak anak bercerai. Saya selalu menasihati Fizo dan Mawar supaya selesaikan masalah dengan baik. Tak nak sampai perlu bercerai-berai.
“Saya sendiri tak setuju dan menentang keras keputusan mereka bercerai. Saya dan Mawar pun tak ada masalah dan semuanya okey,”
– Hasnah
Fizo dan ibunya ditemui di kediaman mereka yang terletak di Bandar Baru Bangi pada Jumaat.
Sebelum ini, kenyataan Mawar bahawa dia terpaksa mengorbankan kasih sayang demi kebahagiaan Fizo sekeluarga menimbulkan spekulasi dalam kalangan netizen.
Rata-rata netizen membuat andaian dan mendakwa perceraian mereka disebabkan campur tangan ibu Fizo.
Dalam pada itu, Hasnah turut menjelaskan dia tidak pernah menyusahkan Mawar atau sesiapa sahaja sepanjang mereka tinggal bersama.
Menurut Hasnah, dia tidak hanya tinggal di rumah Fizo sepanjang enam tahun namun kerap berulang alik ke rumah anak-anak lain juga.
“Saya tak pernah menyusahkan sesiapa dalam rumah itu. Saya ada ramai anak tapi saya lebih selesa tinggal bersama Fizo.
“Dia yang menjaga saya sejak arwah suami meninggal dan kami sudah berbelas tahun tinggal bersama.
“Tapi sepanjang enam tahun tu, saya bukan duduk di situ sahaja tapi selalu berulang-alik tinggal di rumah anak-anak yang lain juga,”
– Hasnah
Fizo dan Mawar bercerai pada 10 Julai lalu.
Sementara itu, Fizo memberitahu ibunya mengalami tekanan apabila menerima banyak pertanyaan daripada pihak luar akibat spekulasi dan komen negatif netizen di laman sosial.
Fizo turut meminta netizen untuk berhenti mengaitkan keluarganya dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap netizen yang meninggalkan komen melampau.
“Spekulasi dan komen negatif netizen memberi kesan kepada ibu dan keluarga saya. Ibu saya memang tak berapa sihat sebab dia menghidap kencing manis.
“Bila cerita ini timbul, orang asyik bertanya kepada ibu saya sampai menganggu emosi dia sehingga tertekan. Saya tertanya-tanya juga apa salah ibu dan keluarga saya sampai orang buat macam ni?
“Saya harap ini kenyataan terakhir dan netizen berhenti mengaitkan ibu dan keluarga saya. Kalau ada yang komen melampau, saya akan ambil tindakan undang-undang,”
– Fizo Omar
Fizo berkahwin dengan Mawar pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata Wan Maryam, 2.
Fizo melafazkan cerai terhadap isterinya Mawar Abdul Karim pada 10 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat.
Sumber: Mstar Online
Dengan nada sebak, Hasnah berkata, ibu mana yang mahu melihat anak bercerai-berai dan tidak bahagia.
“Saya terasa apabila dituduh menjadi penyebab perpisahan Fizo dan Mawar. Bukan saya tidak rapat dengan Mawar, malah menjaganya dengan ikhlas ketika dia sakit dan bersalin. Hubungan saya dengan Mawar tidak bermasalah selama ini.
“Saya tidak mampu melelapkan mata apabila timbul kenyataan seolah-olah saya menjadi penghalang kebahagiaan Fizo dan Mawar.
“Saya lebih berkecil hati apabila ada yang menuduh keluarga Fizo menumpang kesenangan Mawar,”
– Ibu Fizo Omar
Ibu Fizo berkata demikian dalam satu pertemuan bersama beberapa wakil media di sini, petang ini.
Hasnah mendakwa, dia sering memberikan nasihat kepada Mawar dan Fizo, tetapi tidak pernah mencampuri urusan rumah tangga mereka.
“Saya tidak pernah menghasut Fizo dengan perkara yang bukan-bukan. Saya selalu menasihatkan mereka jika ada masalah timbul.
“Ketika mereka nak berpisah, saya ada bercakap dari hati ke hati dengan Mawar, tetapi dia tetap mahu berpisah dengan Fizo,”
– Ibu Fizo Omar
Hasnah juga mendakwa, dia tinggal bersama Fizo sejak anaknya belum mendirikan rumah tangga.
“Atas persetujuan bersama, saya duduk sebumbung dengan mereka selepas berkahwin, tetapi bukan sepenuhnya.
“Saya berulang alik ke rumah anak yang lain juga. Bagaimanapun, saya tinggal di rumah lain, sejak enam bulan lalu. untuk memberikan ruang privasi sebelum mereka bercerai,”
– Ibu Fizo Omar
Fizo dan Mawar sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, kira-kira jam 10.45 pagi, 10 Julai lalu.
Sumber: Berita Harian
Hari Jadi ‘Berbeza’ Buat Fizo Omar
“MAWAR ada hantar mesej ucapkan selamat hari jadi, cuma dia tak dapat hadir untuk raikan bersama hari ini kerana ada hal lain,” kata pelakon Fizo Omar yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-34, hari ini.
Sedikit berbeza sambutan hari jadi dibuat Fizo apabila dia membuat ‘prank’ kepada ibunya, Hasnah Jidin, 59, dengan menghadiahkan kerusi urut bernilai RM20,000.
Fizo berkata, tidak ada istilah kekurangan pada hari jadi kali ini walaupun sebelumnya disambut bersama bekas isteri, Mawar Abdul Karim.
“Tak ada yang kurang pun. Saya ada jemput Mawar datang, tapi dia ada hal lain. Bagi saya, perkara lepas biarlah berlalu. Saya teruskan dengan kehidupan baru.
“Saya pun ada keluarga besar dan pasukan. Saya dan Mawar baik saja dan tidak ada masalah pun. Jadi, tak timbul soal kekurangan, cuma mungkin berbeza sedikit apabila saya ‘back to normal’.
“Sebelum ini mak tinggal dengan saya selama berbelas tahun sejak saya bujang lagi. Jadi tak ada isu kekurangan pun. Malah, Allah beri lebih lagi iaitu ketenangan, kebahagiaan dan rezeki untuk saya. Alhamdulillah,”
– Fizo Omar
Fizo yang ditemui di kediamannya di Bandar Baru Bangi berkata, ‘prank’ yang dibuat itu adalah acara wajib setiap kali menyambut hari jadinya.
Menurut Fizo, dia menghadiahkan kerusi urut kerana ibunya sudah lama teringin untuk memilikinya.
“Mak memang sudah lama nak kerusi urut ni, tapi dia tak cukup duit. Itu sebab saya hadiahkan. Saya nak berterima kasih pada mak sebab doakan saya selama ini.
“Mak sudah menjaga saya selama 34 tahun, jadi tak salah kalau saya yang beri hadiah. Mak banyak sokong saya sehingga saya berjaya.
“Memang setiap tahun pada hari jadi saya, saya suka beri hadiah pada mak. Saya rasa yang perlu dihargai adalah ibu yang menjaga, mendidik dan mendoakan saya. Sebab itu setiap kali hari jadi saya, satu kepuasan saya apabila dapat buat ibu gembira,”
– Fizo Omar
Fizo berkata, sebelum ini dia pernah menghadiahkan ibunya pakej umrah, haji dan percutian.
“Setiap tahun fikir macam mana nak ‘prank’ mak. Sebelum ini bawa pergi Langkawi, haji dan umrah.
“Pernah juga hadiahkan kerusi urut, tapi itu enam tahun lalu. Saya berasa itu lebih baik dan tanda terima kasih pada mak.
“Semoga doa mak terus dimakbulkan untuk saya terus berjaya. Apa saya dapat sekarang bukan sebab saya hebat, tapi Allah angkat doa mak saya. Doakan semoga mak terus sihat, panjang umur dan murah rezeki,”
– Fizo Omar