Good Vibes Festival 2019 (#GVF2019) kembali untuk tahun keenam yang akan berlangsung pada 20 dan 21 Julai 2019, bertempat di The Ranch, Gohtong Jaya, Pahang. Fuh! Pasti gempak tahun ni!
Kali ini ini Good Vibes Festival 2019 Line Up membawakan lebih ramai artis-artis antarabangsa untuk meraikan hujung minggu kamu yang lebih energetik!
Artis Manakah Yang Buat Persembahan?
#GVF2019 menampilkan barisan bintang papan atas dari Hollywood dan Korea. Pada pengumuman pertama ini, paling utama adalah duo hip-hop yang diterbangkan terus dari US, Rae Sremmurd. Mereka terkenal dengan lagu ‘Black Beatles’ untuk trend sensasi ‘Mannequin Challenge’ beberapa tahun lalu.
Line-up seterusnya diisi oleh pemuzik Jazz, Daniel Caesar dan band ambien yang cool, Cigarettes After Sex. Buat pertama kali, pemuzik KPop dan penulis lagu asal Korea Selatan, Dean turut diundang bagi membuat persembahan di #GVF2019 nanti.
Diikuti oleh pemuzik R&B juga dari Korea, Rad Museum yang terkenal dengan lagu ‘Dancing in The Rain’ dan Yaeji (‘Raingurl’) serta ramai lagi.
Budiey pasti ramai yang menanti kedatangan Rae Sremmurd yang mula dikenali ramai menerusi single ‘Black Beatles’ merupakan nama besar yang akan menghiburkan peminat muzik di GVF2019 nanti selain 6black, BAYNK, Joji dan ramai lagi.
Ramai barisan artis terkenal yang akan beraksi tau, korang boleh check it out kat bawah ni. Banyak lagi nama-nama yang akan diumumkan.
1) GUATEMALA – RAE SREMMURD
2) GET YOU – DANIEL CAESAR
3) NOTHING’S GONNA HURT YOU BABY – CIGARETTES AFTER SEX
4) HALF MOON – DEAN
5) RAD MUSEUM – DANCING IN THE RAIN
6) MISS YOU – CASHMERE CAT FT MAJOR LAZER
7) PRETTY LITTLE FEARS – 6LACK FT J. COLE
8) DRINK I’M SIPPIN ON – YAEJI
9) WHAT IF I GO? – MURA MASA
10) MESSAGES FROM HER – SABRINA CLAUDIO
Yuna Dan Kugiran Masdo Bakal Meriahkan Good Vibes Festival 2019
5 Item Penting Kena Bawa Bila Korang Ke Good Vibes Festival 2019
- Pergi konsert tapi tak bawa tiket! Hmm.. memang nak kena penampor.
- Bateri phone kong? Bawaklah power bank lebih!
- Takut kasut berlecak? Bawa la selipar spare.
- Bawa wang tunai secukupnya!
- Bawa beg yang selesa untuk isi barang berharga.
- Dengar citer selalu hujan kat lokasi, apa kata bawak baju hujang sekali.
Peminat indie, hip-hop, pop atau muzik elektronik kat luar sana tu, jangan lepaskan peluang untuk berhibur di Good Vibes Festival pada 20-21 Julai 2019 nanti di The Ranch, Gohtong Jaya, Genting Highlands.
Kalau korang nak tau lebih lanjut tentang festival ni jangan lupa follow laman web rasmi Good Vibes Festival dan Instgram U Mobile.
- Date: 20th – 21st July 2019
- Venue: The Ranch at Gohtong Jaya, Genting Highlands
- Ticketing for 2-day passes: RM360 (Early-bird), RM390 (Phase 1), RM420 (Phase 2), RM450 (Phase 3).
General ticket sales start on 26th March 2019 at 11am, while U Mobile exclusive pre-sale tickets go live on 25th March 2019 at 12pm. For more information, visit www.goodvibesfestival.com.