in ,

Jomlah Menjamu Selera di FOOD CARNIVAL di Setia City Mall

Budiey percaya, semua orang suka makan dan gemar buat food hunting. Iya, bukankah makan tu adalah satu nikmat. Seperti jugak tidur dan ehem ehem. Bohongla kalau ada yang tak suka makan walaupun mengaku sedang berdiet, iya kan? Budiey pun suka makan. Makanan kegemaran Budiey adalah satay. Jadi, kalau takde apa nak buat, pekena la satay. Barulah terangkat.

Sekarang ni mungkin dah jadi trend, festival makanan diadakan di sana sini. Merata-rata ada je ada karnival makan-makan. Tak termasuk kawasan yang menyedian food truck. Hari ini, Budiey baru sahaja dapat tahu, ada satu acara karnival makanan akan diadakan dalam masa terdekat ini. Apa kata, kepada korang yang kaki makan tu, jomlah sama-sama kita food hunting dan menjamu selera di FOOD CARNIVAL Di SETIA CITY MALL!

Jika korang ada masa terluang, Budiey nak ajak korang datang bersama keluarga dan kawan-kawan ke satu karnival makanan iaitu Setia City Mall’s Food Carnival yang akan diadakan di Setia City Mall bersempena dengan Kempen  ‘Eat · Makan · 吃!’ Food Fiesta.

Acara ini akan berlangsung pada 19 Julai hingga 21 Julai 2019 dan hujung minggu seterusnya 26hb – 28hb Julai 2019, dari 4.00 petang hingga 10.00 malam. Budiey ingat nak pergi sana hari Jumaat ni untuk rakaman Vlog GILA MAKAN. Saje nak usha-usha apa yang menarik.Nanti korang yang tak dapat datang jangan cemburu pula bila tengok vlog kat Youtube Budiey Channel nanti. 

Jomlah Menjamu Selera di FOOD CARNIVAL Di SETIA CITY MALL

Apa yang bestnya karnival ni? Apa yang boleh Budiey cakap, karnival makanan ini terdapat pelbagai masakan tempatan dan antarabangsa. Khabarnya, ada lebih daripada 20 vendor di Centre Court dan di luar East Entrance memaparkan kedua-dua makanan kegemaran halal dan bukan halal di zon berasingan. Fuh! Makan sampai kenyanglah kita kat sana nanti. 20 gerai dan tempat makanan ada kat sana. Banyak tu!

Para pengujung Islam boleh menikmati makanan halal dari Boat Noodle, Sushi King, Gigi DIY, Row Six dan Shabu X, sementara hidangan kegemaran dari Go Noodle dan D’Legends Bar dihidangkan untuk pengunjung bukan Islam. 

Terdapat jugak hidangan seperti Inside Scoop dan Skinny Bakers. Di samping gerai-gerai, terdapat gerai yang menjual snek juga seperti snek Jepun oleh Nimaco. Promosi buffet durian all-you-can-eat bakal menjadi kegemaran peminat durian sekali, so jangan lepaskan peluang. 

Jomlah Menjamu Selera di FOOD CARNIVAL Di SETIA CITY MALL

Karnival ini juga akan menampilkan persembahan hiburan di sepanjang hari oleh Yamaha, Fitness First, SK Setia Alam, Persatuan Percinta Muzik Ukulele Malaysia (PPMUM) dan Studio Tarian Moon Walker. 

Pengunjung juga boleh menikmati beberapa permainan yang menyeronokkan di stesen permainan atau mengambil bahagian dalam pertandingan foto “Strike a Pose” dan boleh memenangi pelbagai hadiah menarik.

Kepada yang nak join dan tak tahu apa nak buat khususnya pada hujung minggu nanti. Jom ikut Budiey ke:

Setia City Mall

No. 7, Persiaran Setia Dagang

Bandar Setia Alam

Seksyen U13, 40170 Shah Alam

Selangor Darul Ehsan

Kepada yang masih tak tahu lokasi ni, atau korang tak pernah datang, guna je la Waze atau Google Maps! Sure sampai punya, okay!

Jangan lupa juga korang boleh FOLLOW di social media berikut : 
Laman Web: www.setiacitymall.com
Facebook: https://www.facebook.com/setiacitymall/
Instagram: https://www.instagram.com/setiacity.mall/?hl=en

Food Carnival At Setia City Mall In July

Looking for something fun to do over the next two weekends in July? How about a gastronomical food adventure? Visit Setia City Mall’s Food Carnival held in conjunction with ‘Eat · Makan · 吃!’ Food Fiesta Campaign on 19 – 21 July 2019 and 26 – 28 July 2019 from 4.00 pm to 10.00 pm.

Reflecting the array of local and international cuisines, there will be more than 20 vendors at Centre Court and outside the East Entrance featuring both halal and non-halal favourites at separate zones.

Muslim visitors can enjoy halal food from Boat Noodle, Sushi King, DIY Bites, Row Six and Shabu X, while favourite dishes from Go Noodle and D’Legends Bar are in store for non-Muslims.

Between dishes, check out bites and desserts such as Inside Scoop and Skinny Bakers. In addition to the stalls, there will be other booths selling snacks too such as Japanese snacks by Nimaco. A crowd favourite will be a durian buffet under an all-you-can-eat promotion so durian lovers can feast on as much durian as they can handle! 

The carnival will also feature entertaining performances throughout the day by Yamaha, Fitness First, SK Setia Alam, Persatuan Percinta Muzik Ukulele Malaysia (PPMUM) and Moon Walker Dance Studio. Visitors can also enjoy some fun games at game stations or take part in “Strike a Pose” photo contest and walk away with some prizes.

For a full list of events visit www.setiacitymall.com.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jom Berkunjung ke Pameran Artifak Rasulullah SAW & Para Sahabat RA di PWTC

Radhi OAG Tukar Fakta, Sah Ceraikan Isteri Sejak Mac