Meskipun lakonannya sering dikecam sesetengah pihak, namun Janna Nick sebenarnya tersenarai antara artis yang menerima bayaran termahal. Tak percaya kena tanya penerbit la kan? Tapi takkan la mereka nak war-warkan kepada umum tentang harga yang dibayar untuk pelakon.
Menurut Janna ketika ditemubual oleh Portal Xtra, dia tidak meletakkan harga tinggi kepada mana-mana produksi sebelum ini.
“Percaya tak harga untuk mengambil saya berlakon tidak pernah berubah sejak lapan tahun lalu. Tak pernah naik harga.
“Saya mengamalkan win-win situation dengan syarikat produksi kerana saya memahami bayaran diterima dari stesen televisyen juga perlu diambil kira,”
– Janna Nick
Janna Nick ditemui di majlis sidang media Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 32 di Hotel Tamu pada hari Jumaat lalu, 12 Julai 2019.
Namun begitu, pelakon Cari Aku Di Syurga ini mengaku dia meletakkan harga berbeza bagi syarikat yang mengambilnya sebagai duta produk.
“Untuk endorsement memang harga lain dari tawaran berlakon. Tapi tak adalah nak cakap saya artis paling mahal di Malaysia buat masa ini.
“Setiap pekerjaan yang saya lakukan sudah tentu dilunaskan dengan ikhlas. Saya mencari rezeki dalam bidang ini dan perlu fikir tentang masa depan juga,”
– Janna Nick
Selain Janna Nick, sebelum ini dikatakan Fattah Amin juga turut dikatakan menjadi antara yang mendapat pendapatan lumayan. Tidak dinafikan populariti dua selebriti ini, Janna dan Fattah semakin meningkat naik setiap hari. Tapi Fattah Amin sekarang agak suram sikit sebab tak banyak ambil job berlakon.
Menurut pengarah drama Michael Ang sebelum ini, dalam satu video berdurasi 16 saat itu, Michael telah melabel Janna Nick dan Fattah antara pelakon yang mendapat bayaran termahal.
Selain mereka, Michael Ang turut menyebut nama bekas ratu cantik Malaysia Erra Fazira dan Aaron Aziz.
Menurut Michael lagi, mereka merupakan artis gred A yang layak dibayar mahal.
Semoga sukses buat Janna di masa depan.