Pasti ramai yang nak tahu apa nama puteri sulung beliau kan? Ya, menurut apa yang dimaklumkan di Instagram, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah merupakan nama yang diberikan kepada anak perempuan pelakon Che Puan Juliana Evans. Cantik betul nama tu, kan? Kamiliah ni kalau tak silap bermaksud sempurna.
Nama puterinya itu dikongsi oleh abang ipar Juliana, Tengku Salehuddin Ismail Shah menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya pada hari Sabtu lalu.
Selain nama, Tengku Salehuddin juga turut berkongsi wajah anak perempuan sulung Juliana.
Juliana Evans Timang Anak Perempuan
Juliana, 29, berkata kehadiran bayi perempuan diberi nama Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah itu bagaikan satu mimpi yang menjadi realiti.
Dalam masa sama, dia turut berterima kasih kepada peminat yang mendoakan supaya proses kelahirannya dipermudahkan.
“Alhamdulillah, saya dah jadi ibu. Saya ingin mengucapkan terima kasih atas ucapan, saya sangat terharu,”
– Che Puan Juliana Evans
“Saya mahu membalas semua ucapan tetapi anak perempuan saya sudah mengambil begitu banyak masa saya, dia banyak permintaan namun saya amat menyayanginya, terasa bagai mimpi apabila akhirnya melihat dia di depan mata,”
– – Che Puan Juliana Evans
Juliana selamat melahirkan cahaya mata pertamanya itu pada pukul 9.39 malam, Sabtu, 13 Julai 2019.
Sebelum itu, abang ipar Juliana iaitu Tengku Salehuddin Ismail Shah berkongsi mengenai nama bayi berkenaan menerusi akaun Instagram miliknya.
Juliana atau Juliana Sophie Johari Evans dan Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah, 31, mendirikan rumah tangga pada 30 April 2017.
Bintang pelakon drama terbaharu, Mimpi Sabrina dulunya pernah berharap agar dikurniakan cahaya mata perempuan memandangkan keluarganya dan suami mempunyai ramai saudara lelaki.
Ini bererti impian Juliana dan suami untuk menimang anak perempuan tercapai dengan kelahiran Kamiliah.
Syukur alhamdulilah. Semoga bayi ini membesar dan menjadi anak yang soleh.
Kredit Gambar: Instagram