Konsert ini meletakkan tiga penyanyi wanita popular iaitu Ziana Zain, Siti Nordiana dan Ella. Ia simbolik kepada genre muzik yang dibawakan oleh mereka. Ziana Zain adalah Ratu Pop, Siti Nordiana pula Ratu Balada dan Ella pula semua tahu beliau merupakan Ratu Rock Malaysia yang tiada galang gantinya.
Malam tu, sungguh ramai peminat hadir. Maklumlah ketiga-tiga penyanyi bertaraf diva ini mempunyai peminatnya masing-masing. Antara tiga-tiga peminat, Budiey rasa peminat Siti Nordiana agak ramai. Penuh padat peminat malam tu sehingga ada yang tak dapat masuk. Mengikut laporan, hampir 1,000 penonton memenuhi ruang di Auditorium Perdana Angkasapuri malam itu.
Budiey dengar minggu lepas Konsert Reunion Exists juga memang meriah dengan peminat. Video yang disiarkan juga tak kurang menjadi buah mulut sehingga menjadi viral di sosial media.
Namun, pada malam tadi, satu video yang viral ialah semasa penyanyi Ziana Zain mendendangkan sebuah lagu nostalgianya iaitu BERPISAH JUA. Menepati zaman sekarang ni dua tiga menjak ni ramai pula artis yang bercerai.
Ziana Zain sebak menahan diri untuk tidak menangis semasa menyanyi Lagu BERPISAH JUA di Konsert RATU 2.0. Sebuah lagu yang menyentuh hati Ziana Zain, serba sikit ada kena mengena dengan perjalanan hidup yang dilaluinya.
Video Ziana Zain Menahan Tangisan Semasa Nyanyi Lagu BERPISAH JUA
Sampai ke saat ini, video ini telah mencapai jumlah penonton sehingga 90,000 viewers.
Ziana Zain mengatakan beliau juga menempuh fasa itu di mana beliau telah bercerai dengan suaminya.
JOM SUBSCRIBE channel dan tekan LOCENG untuk notifikasi. Terima kasih semua. Nak tisu lap air mata tu tak?
Budiey nak ucapkan terima kasih kepada Unit Media Bahagian Perhubungan Raya RTM sebab sudi menjemput Budiey buat liputan ke konsert ini.