Menurut pelantun lagu Hi Hi Bye Bye itu, dia memang berusaha untuk ke arah itu namun masih belum bertemu dengan individu sesuai untuk dijadikan pasangan hidup.
“Saya memang mencari pengganti dan berkawan dengan ramai orang. Kalau boleh nak kahwin dalam masa terdekat tapi itulah dia jodoh.
“Bukan saya tidak mencari, tapi susah nak jumpa lelaki yang bertanggungjawab. Saya bukan nak kejar yang kaya tapi sebaik-baiknya saya dipertemukan dengan lelaki yang bertanggungjawab dan tahu peranan dia dalam sesebuah rumah tangga.
“Lagi satu, saya nak kahwin cepat sebab teringin nak timang cahaya mata. Sekarang saya dah 38 tahun, jadi saya ada lagi dua tahun sebelum umur cecah 40 tahun,”
– Ezlynn
Ezlynn ditemui pada majlis pertunjukan fesyen Spring Summer Alike 2020 yang berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur semalam.
Walaupun ‘terdesak’ untuk mencari teman hidup, namun Ezlynn tetap berpegang pada pendiriannya yang tidak mahu berkawan rapat dengan suami orang.
“Suami orang kalau boleh saya elakkan, sebab kita pun pernah jadi isteri sebelum ini. Tapi kalau itu jodoh saya, saya terpaksa terima namun kalau boleh saya memang akan elak berkawan dengan suami orang,”
– Ezlynn
Ezlynn atau nama sebenarnya, Azline Ariffin sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas pengurusnya, Adam Fahmy Shamsuddin, 40, pada 20 November 2011 namun mereka disahkan bercerai pada 23 Oktober 2017.
Sumber: KopiPlanet.com